CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 254|Reply: 0

[Perlis] Perlis cadang wujud portal khas aduan awam

[Copy link]
Post time 22-2-2023 01:42 PM | Show all posts |Read mode
Perlis cadang wujud portal khas aduan awam


BERNAMA



GAMBAR hiasan



Kangar: Kerajaan negeri Perlis bercadang untuk mewujudkan portal khas aduan awam bagi meningkatkan kecekapan tindak balas agensi dan jabatan di negeri itu dalam membantu rakyat.

Exco Penyelarasan Penguatkuasaan Bersepadu dan Aduan Awam Izizam Ibrahim berkata, melalui portal khas itu, ia memudahkan orang ramai membuat aduan, pertanyaan, menyatakan perngharagaan selain memberi cadangan kepada kerajaan negeri.

Beliau berkata, buat masa ini, belum ada saluran khusus bagi aduan awam sebaliknya aduan diterima disalurkan menerusi wakil rakyat dan agensi berkaitan.

"Perkara ini masih dalam peringkat cadangan dan saya akan perhalusi terlebih dahulu sebelum dibawa ke mesyuarat exco kerajaan negeri. Saya perlu melihat dari pelbagai sudut khususnya kemampuan kewangan semasa kerajaan negeri," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi itu berkata, antara aduan diterima adalah hal-hal berkaitan prasarana, isu peniaga dan lain-lain.




Disiarkan pada: Februari 22, 2023 @ 11:38am












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.138559 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list