View: 429|Reply: 0
|
Polis Berpangkat Lans Koperal Direman Ambil Duit Ibu Tanpa Kebenaran
[Copy link]
|
|
Polis menahan seorang anggotanya berpangkat lans koperal bagi membantu siasatan berhubung kes memindahkan wang berjumlah RM3,500 milik ibunya tanpa kebenaran.
MalaysiaGazette melaporkan, lelaki berusia 25 tahun itu diberkas di Kulim, Kedah pada Ahad sebaik polis menerima laporan berhubung kejadian daripada ibunya pada 10 Februari.
 Gambar hiasan
Difahamkan, suspek mengambil telefon bimbit ibunya ketika berada di sebuah pasar raya di Kamunting sebelum melakukan transaksi berkenaan secara dalam talian ke akaun bank peribadinya.
Tindakan suspek hanya disedari wanita berusia 57 tahun itu apabila dia berada di rumah sebelum tampil membuat laporan polis keesokan hari.
Bertindak atas maklumat dan risikan, polis menahan suspek sebelum mendapati wang tersebut digunakan untuk aktiviti perjudian.
Menurut polis, suspek bertugas di cawangan mahkamah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim sejak 2019 itu mempunyai rekod tatatertib tidak hadir bertugas.
Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintendan Zulkepli Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan suspek direman selama empat hari sehingga 23 Februari ini bagi membantu siasatan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
| |
|