CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4284|Reply: 41

Galak Ubah Suai Rumah Sampai Ke Depan Jalan, Siap Minta TM Ubah Kabel Elektrik Tapi Merungut Bila Suruh Bayar RM3,385

[Copy link]
Post time 21-2-2023 01:56 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pemilik rumah mendakwa wakil Telekom Malaysia Berhad (TM) meminta RM3,385 sebagai bayaran untuk pihaknya mengalihkan semula kabel elektrik yang terdapat di hadapan pintu pagar rumahnya.


Luahan tersebut dimuat naik menggunakan akaun Facebook, Adiza Oliver Twist yang memaklumkan sedang buntu kerana jumlah bayaran yang dikenakan terlalu tinggi.




Foto: kosmo




“Apa nak buat kalau rumah korang (anda) kena macam ini? Dah hubungi wakil TM, mereka kata nak alih saya kena bayar RM3,385.


“Mana lah saya mampu, kalau RM1,000 itu boleh la juga. Dengan siapa saya nak mengadu?,” luahnya.


Jelas pengguna tersebut, lokasi rumahnya terletak di Lorong Jaya 9, Taman Jaya, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.


Walau bagaimanapun, perkongsian pengguna tersebut mendapat reaksi negatif daripada orang ramai yang rata-ratanya mengecam tindakan pemilik rumah membuat ubah suai secara keterlaluan sehingga menyusahkan orang lain.


Menurut Mustaqim Yusof, katanya lokasi tersebut merupakan tanah rizab dan tiang TM sudah lama dipasang di kawasan itu.


“Pembinaan rumah asal sepatutnya tidak terganggu dengan pemasangan tiang TM dan kabel elektrik yang sedia ada, tapi disebabkan pemilik dah buat ubah suai sampai ke depan, memang terhalang la,” tulisnya pada ruangan komen.


“Rasanya pagar asal rumah sebelah sahaja kan, dah ubah suai bukan main nak suruh utiliti ubah kan, bayar la kos yang diberi sebab kos itu memang tertakluk pengalihan utiliti, ingat utiliti buat kerja pakai air liur?,” perli Zaim Ihtisam.


Sementara itu, seorang pengguna lain, Hazim Naim Hairani memberitahu tindakan pemilik rumah membuat ubah suai tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah satu kesalahan selain akan menimbulkan masalah pada masa akan datang.


“Yang kau pun pergi besarkan rumah sampai ke jalan, itu belum PBT atau pihak perumahan datang nak buat kerja pecah longkang, memang cari masalah,” ujarnya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2023 02:00 PM | Show all posts
x dapat den menolong
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa saja renovation tu kalau tengok gambar…
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 02:16 PM | Show all posts
Oh. Betul2 depan gate rumah sheols ye kabel tu pun.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 02:18 PM | Show all posts
Highflyer19: Biasa saja renovation tu kalau tengok gambar…


jadi luar biasa sebab ada cable / wayar situ

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 02:23 PM | Show all posts
Highflyer19 replied at 21-2-2023 02:05 PM
Biasa saja renovation tu kalau tengok gambar…

Rumah ni kalau tengok sekali imbas memang reno biasa je tapi ini rumah ala2 rumah murah yg boleh masuk satu keta je.  Mcm rumah dalam gambar ni, tapi tuan rumah sudah tarik sampi ke depan tutup longkang makan the common area yg pacak tiang TNB tu dia sudah sapu buat gate besar.  Kat google maps ada rumah ok tak de tiang tu so memang derang reno sampai ke depan tapi rumah tuan tanah tu ada.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2023 02:24 PM | Show all posts
siap letak cone dpn gate
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 03:11 PM | Show all posts
Knp ada kon depan gate?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2023 03:13 PM | Show all posts
napa tak uruskan untuk alih sebelum buat reno..
ni dah siap reno baru kau nampak ke cabel tu terpacak?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 03:15 PM | Show all posts
..bila dah alih ke depan sikit nanti akan buat reno lagi dan panggil tm tolong alihkan lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 03:16 PM | Show all posts
kenapa TM kena alih kabel letrik? Bukan TNB ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 03:17 PM | Show all posts
Aik masa reno ok pulak buat2 tak nampak kabel. Patut pikir pasal kabel dulu baru reno
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 03:24 PM | Show all posts

Masa gate dah bukak, takut kereta nak masuk porch tak perasan cable tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 03:28 PM | Show all posts

jgn park depan gate la.. rumah mcm ni mmg suka2 org luar/jiran park depan gate rumah org lain..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 03:30 PM | Show all posts
BeskotCekelat replied at 21-2-2023 03:24 PM
Masa gate dah bukak, takut kereta nak masuk porch tak perasan cable tu.

betul tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 03:31 PM | Show all posts
alieyrina replied at 21-2-2023 03:17 PM
Aik masa reno ok pulak buat2 tak nampak kabel. Patut pikir pasal kabel dulu baru reno

mula2 reno tu cuba nasib la kot.. kalau kalau majlis denda ke sbb lebih kawasan, ni dah kira naik tocang la ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2023 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
BeskotCekelat replied at 21-2-2023 03:24 PM
Masa gate dah bukak, takut kereta nak masuk porch tak perasan cable tu.

Ha ha..lepas zoom baru perasan ada kabel sapot tiang kat kon tu..melampau betul reno nya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 03:42 PM | Show all posts
Gate asal lebar 8-10kaki.
Gatai pungkok pi lebarkan gate, dah siap baru nak tanya acaner nak alihkan stay cable/wire.


Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya tohan.
Ada hati nk request² alih kabel tu.
Sah² kabel tu dh park (chop) duduk situ dulu.
Byk tt ni mkn tanah rizab kalo gate tu sipi² nk kna kabel.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 04:09 PM | Show all posts
Tu bukan dawai elektrik, tu dawai stay kira untuk meneguhkan kedudukan tiang tu. Nak alih dawai stay tu tak la susah mana asalkan ada kedudukan lain ia dapat dialih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.068612 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list