CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 291|Reply: 0

Denggi Meningkat, Ragut 4 Nyawa Sepanjang Minggu Lalu

[Copy link]
Post time 21-2-2023 12:16 PM | Show all posts |Read mode
Empat kematian akibat komplikasi demam denggi antara 12 hingga 18 Februari dilaporkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.


Dalam kenyataannya hari ini, beliau berkata, sepanjang tempoh itu sejumlah 2,149 kes demam denggi dilaporkan, berbanding 1,967 kes pada minggu sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.




Gambar hiasan




"Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga kini adalah sebanyak 15,243 kes berbanding 4,950 kes bagi tempoh sama tahun 2022, iaitu peningkatan sebanyak 10,293 atau 207.9 peratus.


"Sebanyak 13 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding satu kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2022," katanya.


Beliau berkata, sebanyak 79 lokaliti hotspot dilaporkan pada minggu tersebut berbanding 86 lokaliti pada minggu sebelumnya, dengan 53 berada di Selangor, Sabah (20), Kuala Lumpur dan Putrajaya (empat) serta Pulau Pinang (dua).


Katanya, survelan Chikungunya merekodkan sebanyak lapan kes pada minggu ketujuh dengan empat kes di Pulau Pinang, tiga kes di Selangor dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Putrajaya, menjadikan kumulatif kes setakat ini 94.


Dr Noor Hisham berkata, bagi survelan Zika, sebanyak 328 sampel darah dan satu sampel urin telah dijalankan saringan dan kesemuanya negatif.




Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.035263 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list