View: 961|Reply: 13
|
Penjaja Resah Pelanggan Berkira-Kira Nak Beli Sayur Sebab Mahal
[Copy link]
|
|
GUA MUSANG – Rata-rata penjaja kecil di daerah ini resah apabila harga sayur-sayuran ketika ini tidak menentu sehingga menjejaskan pendapatan mereka.
Seorang penjaja barangan basah menggunakan van, Rohaizad Rashid, 55, berkata, harga runcit sayur-sayuran tidak menentu menyebabkan hasil jualan mereka merudum lebih separuh setiap hari sejak beberapa bulan lalu.
Katanya, kenaikan dan penurunan harga sayur-sayuran membimbangkan penjaja yang mencari rezeki setiap hari.
 Gambar Hiasan
“Sebagai contoh minggu lalu, harga tomato mencecah sehingga RM11 sekilogram dan terung RM8 kilogram, hari ini (semalam) ada penurunan sebanyak RM2 berbanding harga itu.
“Situasi itu menyebabkan pelanggan berkira-kira untuk membeli sehingga barang tidak habis terjual. Kami kasihan pada pelanggan, tetapi dalam masa sama peniaga kecil seperti saya pun bukan dapat untung besar,” katanya ketika ditemui di Kosmo! semalam.
Rohaizad yang sudah lebih 20 tahun menjaja berkata, ramai penjaja yang terkesan dengan harga sayuran dan barangan basah yang tidak menentu sejak pertengahan tahun lalu.
Katanya, penjaja amat terkesan dengan keadaan itu kerana pendapatan menjaja hanya sekadar cukup makan dan tidak lagi boleh membuat simpanan seperti dahulu.
Rosmiza Rusdi, 33, pula, mendakwa, penjaja kini tersepit dengan kenaikan harga barangan yang tidak terkawal.
Katanya, keuntungan yang mereka peroleh hanya sedikit selepas terpaksa menolak kos lain termasuk minyak petrol dan modal pembelian barangan jualan.
“Pembekal memaklumkan bahawa mereka terpaksa mengikut harga pasar borong selain mengambil kira faktor cuaca sehingga tidak dapat mengawal kenaikan harga sayur-sayuran.
“Kami menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan sewajarnya kerana tidak mahu pelanggan salah faham sehingga menggelar kami peniaga dan penjaja cekik darah pelanggan,” tambahnya. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Tanam je la sayur sendiri kat rumah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baik la jual murah sayur tu dr jual mahal pastu tkde org beli. Bukan boleh simpan lama cth sayur berdaun.
|
|
|
|
|
|
|
|
ada yg sanggupbeli rokok hari2..tapi bila kena beli sayur,mcm2 komplen |
|
|
|
|
|
|
|
sayur pun dah mahal sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
sayur tak bagus utk paru2
rokok ye bagus utk paru2
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Lagubestbest at 21-2-2023 07:13 PM
I g singgah kat kedai nasi campur sepupu sendiri. Dia bagi I free lauk sepinggan sebab nak test masak lauk baru la kut. Sedap, takde komplen. I tak makan just amek air cendol rm4 je sesambil chill gitu2 je. Caj 3 orang amek kau RM40. Salah ukraine ke bank negara ke salah Mat Sabu ke salah sape skrg ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Pelanggan pun kena bijak jugak... sape suruh jual mahal... bila org tak nak beli marah... semua org ada pilihan masing2... ni kerja nak salahkan org lain |
|
|
|
|
|
|
|
Harga sayur mengila sekarang.. yang murah mcm kobis cina. Sbb harga kena kawal kot |
|
|
|
|
|
|
|
Brg makin mahai ni apecer? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 21-2-2023 11:55 PM
Sayur saiz kecil sudah kutip jual, ikan makin kecil jual saiz remaja2, kfc ayam saiz kanak2 dijualnya tepung salut tebal2, teruk betul zaman ini, sib baik le zaman muda dah merasa mknn murah melimpah2 ketika durian sorang lahap sebakul, cempedak sampai muak, pisang betik ciku tembikai, kerang sekilo rm1-1.50, ketam udang sotong setiap minggu ada lahap, satay pun ada
Tak sampai hati beli ikan bawal saiz kanak2 taw |
|
|
|
|
|
|
|
yke syur umah aku smpai tak termakan2 |
|
|
|
|
|
|
|
sebagai pengguna.. pilihan ditangan sendiri.. kalau rasa mahal, pandai2 la decide nak beli ke tak.. atau pilih utk berjimat cermat |
|
|
|
|
|
|
| |
|