View: 892|Reply: 9
|
[Jenayah]
Polis maut - tembak diri sendiri - 3 das tembakan
[Copy link]
|
|
BAYAN LEPAS: Seorang anggota polis berpangkat sarjan maut selepas menembak diri sendiri dalam kejadian di perkarangan Balai Polis Bayan Lepas, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, kejadian disedari rakan sekerja mangsa di balai berkenaan kira-kira jam 3.30 petang.
“Mangsa berusia 51 tahun bertugas di balai polis sama dan dia ditemui meninggal dunia dengan tiga kesan tembakan.
“Kesan tembakan ditemui pada leher, dada serta kepala mangsa.
“Selain itu, pihak polis turut menemui sepucuk pistol bersama anggota berkenaan,” katanya ketika dihubungi.
Pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang telah menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Punca kejadian masih dalam siasatan polis.
Pihak polis menasihatkan orang awam agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi berhubung kejadian itu sehingga siasatan selesai.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat.
Mangsa telah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia kira-kira 30 tahun dan difahamkan meninggalkan seorang balu serta tiga orang anak.
*** mcm mana org bole tembak diri sendiri sampai 3x.tempat kritikal lak tu |
|
|
|
|
|
|
|
nak ketawa aku sbb tak logik langsung tembak diri sendiri 3 kali. cerita tamil ke? apa benda yg dorang nak sorok kat sini?
apa pun takziah pd keluarga mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-2-2023 09:34 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
duri_durians replied at 20-2-2023 09:23 PM
nak ketawa aku sbb tak logik langsung tembak diri sendiri 3 kali. cerita tamil ke? apa benda yg dora ...
Reporter pun publish cerita xcek langsung. Main post je. |
|
|
|
|
|
|
|
tak credible lah reporter |
|
|
|
|
|
|
|
Ini cerita tamil ke yg mcm dia kena tembak kat kepala tembus dahi tapi kempunan masakan bini ao tunggu bini habis masak siap makan dulu baru mampus. |
|
|
|
|
|
|
|
Takkan pulis nak menipooooo.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-2-2023 10:34 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Belibis replied at 20-2-2023 10:11 PM
Takkan pulis nak menipooooo..
Takk.. I fikir reporter ni mabuk ketum masa menulis |
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 20-2-2023 10:34 PM
Takk.. I fikir reporter ni mabuk ketum masa menulis
Ciss aku duk imagine jap td mana dia tembak dulu eh, boleh bertahan utk next das.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak logik la 3 das tembakan diri sendiri..so bhgn mnaa dia tembak dulu? Dada, pastu leher then last kepala? Lps tembak dada tgn masih kuat utk tembak leher? Lps tembak leher tgn masih kuat nk tembak kepala?? Biar betul |
|
|
|
|
|
|
| |
|