CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 371|Reply: 2

Semakan Kes Najib, Baru 5 Minit Mula, Audio Tiba-Tiba `Bisu’

[Copy link]
Post time 20-2-2023 02:37 PM | Show all posts |Read mode
Sebulan tertangguh, semakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekal sabitan dan hukumannya bermula semula hari ini.


Bagaimanapun, prosiding semakan itu terpaksa dihentikan tidak sampai lima minit sidang bermula, berikutan masalah teknikal dialami sistem audio mahkamah.




NAJIB Tun Razak tiba di di Mahkamah Persekutuan  bagi pendengaran permohonannya agar sabitan dan hukuman penjaranya dalam kes rasuah SRC International disemak semula di Putrajaya hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA





Utusan melaporkan, berikutan itu, bahagian teknologi maklumat mahkamah membaik pulih sistem audio yang tiba-tiba ‘bisu’ ketika peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhujah dan diselesaikan selepas 20 minit.


Semakan tersebut didengar panel lima hakim yang diketuai Hakim Besar Sabah Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli yang bersidang bersama-sama Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan.


Turut disenaraikan dalam panel terbabit ialah Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais.


Pada prosiding hari ini, Najib selaku pemohon diwakili barisan peguam bela yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah manakala pihak pendakwaan yang dinamakan sebagai responden diwakili Timbalan Pendakwa Raya adhoc, Datuk V. Sithambaram.


Berdasarkan permohonan yang difailkan sebelum ini, Najib memohon agar keputusan yang dibuat pada 23 Ogos 2022 oleh lima panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat disemak semula dan beliau dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan.


Najib juga memohon dilepas dan dibebaskan daripada sabitan serta hukuman dan kes penyelewengan dana SRC International dibicarakan semula di hadapan hakim yang lain.


Beliau yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang, turut memohon agar dirinya dibebaskan daripada hukuman penjara yang sedang dijalani sekarang sementara menunggu permohonan semakan itu dimuktamadkan.


Najib yang didapati bersalah kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. turut didenda RM210 juta.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2023 02:44 PM | Show all posts
Audio tiba-tiba 'bisu' Teringat suatu ketika dulu waktu kira undi  lampu tiba-tiba padam..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 02:45 PM | Show all posts
kak mah montel ada x hadir ke mahkamah td?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.233730 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list