CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 370|Reply: 0

[Sarawak] Detik bersejarah bagi Kuching City

[Copy link]
Post time 18-2-2023 10:41 PM | Show all posts |Read mode


CENDERAHATI KHAS…Pengerusi Kuching City FC, Fazzrudin Abdul Rahman (tiga dari kanan) menyerah jersi baharu pasukan Kuching City FC kepada Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah (tiga dari kiri) sebaik selesai majlis perasmian jersi skuad terbabit sambil disaksi sama barisan exco Kuching City FC yang lain.

KUCHING: Pengerusi Kuching City FC (KC FC), Fazzrudin Abdul Rahman menyifatkan Majlis Pelancaran Jersi Baharu Kuching City FC 2023 di Dataran Tebingan Kuching malam tadi sebagai detik bersejarah buat anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim.

Sejajar dengan musim pertama The City Boys beraksi dalam kancah liga elit negara (Liga Super).

Sekali gus, memperlihatkan komitmen yang dilabur pihaknya sepanjang lapan tahun lepas seakan sudah mencapai misi yang diinginkan.

“Majlis pelancaran jersi baharu ini bagaikan satu sejarah bagi kita mengambil kira ini musim pertama bagi Kuching City FC bersaing dalam kancah Liga Super,” ujar Fazzrudin ketika berucap pada majlis tersebut.

Mengimbau kembali perjalanan skuad terbabit sebelum berjaya berada dalamkelas tersendiri hari ini, Fazzrudin mengakui, tempoh lapan tahun amat mencabar dilalui pihaknya dalam mengharungi kancah bola sepak negara.

Ini kerana, katanya ia memerlukan sokongan, pengorbanan serta semangat yang mendalam terhadap minat sukan itu sekali gus membawa nama Kuching City FC untuk terus maju dan berjaya memertabatkan sukan itu di Sarawak.

“Pasukan KC FC ini bermula daripada sebuah pasukan yang sederhana, saya sendiri salah seorang pemainnya dan kita merupakan pasukan yang dibentuk daripada rakan-rakan kerana minat yang mendalam terhadap sukan bola sepak.

“Pasukan ini ditubuhkan pada 2009 dan pada setiap tahun, kami bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Kuching ketika itu menganjurkan pertandingan liga.

“Ketika itu Kuching FA (nama sebelum ini) dibantu oleh pelbagai pihak dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sendiri selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok ketika itu dan Dato Sri Fadillah membantu kita menganjurkan aktiviti bola sepak,” tambah beliau lagi.

Terdahulu Fazzrudin turut mengucap terima kasih kepada semua pihak atas sokongan diberikan terhadap pasukan Kuching City FC selama ini.

“Terima kasih kepada semua yang berkorban masa, wang ringgit dan sebagainya yang memastikan Kuching FA atau Kuching City FC berjaya meneruskan perjuangan sehingga ke hari ini,” jelas beliau.

Majlis perasmian jersi baharu itu telah disempurnakan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah.

Hadir sama ADUN Satok Datuk Ibrahim Baki, Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Abang Zulkarnain Abang Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Kuching City FC Iswandi Ali Hassan dan Pengarah Urusan Lea Holdings (M) Sdn. Bhd.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.337976 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list