CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 359|Reply: 0

[Sarawak] Isu ventilator tidak dapat digunakan, tindakan serius mesti diambil: Dr Yii

[Copy link]
Post time 18-2-2023 10:27 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Tindakan serius mesti diambil oleh pihak bertanggungjawab selepas pendedahan Laporan Ketua Audit Negara bahawa 93 daripada 136 ventilator yang dibekalkan oleh sebuah syarikat kepada fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) antara tahun 2020 hingga April 2022 tidak dapat digunakan.

Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii dalam kenyataan hari ini berkata, peralatan menyelamatkan nyawa seperti itu sangat penting semasa pandemik COVID-19 dan kecuaian seperti itu bukan sahaja menyebabkan pembaziran dana awam, tetapi lebih penting mungkin telah menjejaskan pesakit yang mungkin telah menyebabkan kehilangan nyawa berharga.

Berdasarkan laporan itu katanya, syarikat berkenaan dipilih untuk membeli 500 ventilator semasa pandemik COVID-19 namun hanya berjaya membekalkan 136 ventilator dan hanya 28 boleh digunakan dan baki 108 lagi tidak selamat untuk digunakan pada pesakit.

Ini bermakna katanya, syarikat itu hanya membekalkan kurang daripada enam peratus pesanannya (28 ventilator) dengan betul semasa krisis itu ketika pekerja penjagaan kesihatan sedang bergelut untuk mencari peralatan menyelamatkan nyawa itu.

“Ini menyebabkan bukan sahaja kerugian dana berharga beranggaran RM13.07 juta tetapi lebih penting, menyumbang secara langsung kepada kemungkinan kehilangan nyawa yang boleh dielakkan dengan mudah jika pekerja penjagaan kesihatan mempunyai peralatan perubatan yang diperlukan dalam tempoh masa tersebut.

“Dalam laporan sama, kerajaan tidak boleh menuntut kerugian daripada 93 ventilator yang rosak itu kerana tiada dokumen mengenai pelantikan perolehan ventilator antara syarikat dan KKM.

“Alasan diberikan mengapa tiada perjanjian ditandatangani kerana perolehan ventilator dilakukan di bawah protokol perolehan kecemasan yang mana menimbulkan persoalan,” kata Dr Yii.

Disebab itu, beliau percaya pihak-pihak yang terlibat perlu menjawab dan bertanggungjawab dan perkara ini tidak boleh dipandang ringan.

Sekiranya terbukti terdapat unsur-unsur kecuaian katanya, tindakan perlu diambil oleh pihak yang bertanggungjawab.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 10862 Replies : 2
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.052150 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list