CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 332|Reply: 0

[Sarawak] Tiga lelaki disyaki rompak bersenjata diburu polis

[Copy link]
Post time 18-2-2023 10:25 PM | Show all posts |Read mode


DIBURU: Kelibat ketiga-tiga suspek yang dirakam kamera litar tertutup.
KUCHING: Polis sedang memburu tiga lelaki dipercayai warga tempatan yang melakukan rompakan bersenjata di Taman Desa Paul, Jalan Penrissen hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kejadian dilaporkan berlaku oleh seorang lelaki yang mana rumah sewanya telah dimasuki tiga lelaki bersenjatakan parang dan pisau sekitar jam 2 pagi.

Menurutnya, mangsa berusia 50 tahun bersama rakan serumahnya juga seorang lelaki telah diikat suspek semasa melakukan rompakan tersebut.

"Ketiga-tiga suspek mengarahkan mangsa dan rakannya keluar dari bilik tidur dan terus mengikat mereka dengan menggunakan wayar pengecas telefon.

"Suspek kemudian meminta wang serta mengambil barang-barang berharga dari rumah tersebut sebelum beredar," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, suspek beredar dari rumah mangsa pada jam 4 pagi dengan turut melarikan rantai emas dianggarkan seberat 16 gram, wang tunai kira-kira RM3,200 dan dokumen peribadi.

"Mangsa berjaya membuka ikatannya dan terus melaporkan kepada pihak polis," katanya.

Anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan terus melancarkan operasi memburu suspek sebaik sahaja laporan diterima.

"Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati suspek masuk dengan memotong lima batang jeriji besi tingkap di salah satu bilik di tingkat bawah rumah tersebut.
"Semasa kejadian, kedua-dua mangsa tidur di bilik di tingkat atas," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh terus menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.052500 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list