View: 1199|Reply: 14
|
[Tempatan]
Pelajar tendang pintu, rosakkan kerusi 'rai' penggal terakhir persekolahan
[Copy link]
|
|
Pelajar tendang pintu, rosakkan kerusi 'rai' penggal terakhir persekolahan
https://www.bharian.com.my/berit ... rakhir-persekolahan
Hafidzul Hilmi Mohd Noor - Februari 18, 2023 @ 6:20pm
[email protected]
Tangkap layar video tular memaparkan sekumpulan pelajar merosakkan harta benda sekolah. - Foto tular.
KUALA LUMPUR: Sekumpulan pelajar sebuah sekolah menengah 'meraikan' penggal terakhir persekolahan dengan merosakkan pelbagai peralatan dan fasiliti sekolah.
Menerusi satu video yang tular di media sosial, beberapa pelajar dilihat menendang pintu sehingga pecah dan merosakkan kerusi sekolah. Kumpulan pelajar itu juga turut dilihat merosakkan kipas dan bergelak ketawa.
Difahamkan kumpulan pelajar itu adalah pelajar Tingkatan Lima.
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia (Amal Sejagat), Mohd Nor Izzat Mohd Johari, berkata perbuatan vandalism tidak patut berlaku.
"Sepatutnya perbuatan ini tidak lagi berlaku, nilai moral dan keruntuhan akhlak dilihat semakin serius di kalangan pelajar. Hilangnya hormat terhadap tempat untuk menuntut ilmu menjadi sebab utama perbuatan itu masih berlaku," katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam mengawal dan mendidik anak-anak dalam pembentukan nilai moral.
"Sekolah adalah tempat menuntut ilmu, cara meraikan sedemikian dengan merosakkan harta benda milik rakyat adalah tidak betul," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekolah2 patut guna kerusi dan meja plastik. Lagi ringan dan murah. |
|
|
|
|
|
|
|
Buas bdk2 yg dlm video tu |
|
|
|
|
|
|
|
Dah start cuti sekolah ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon ganti rugi kat mak bapak bebudak bahalol tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Tak ape
Nanti cikgu buka bil dan invois
Bagi kat mak bapak budak tu
Baru dia tahu apa itu erti penyesalan |
|
|
|
|
|
|
|
Budak budak tu cam kompem takkan kembali ke sekolah tu ke apa.
Next year jika ada duit bantuan lagi harap sekolah ambil buat bayar kos kerosakan |
|
|
|
|
|
|
|
moga spm ko melingkup.ilmu tak berkat |
|
|
|
|
|
|
|
artikel kat atas tu idok la panjang benar....
Difahamkan kumpulan pelajar itu adalah pelajar Tingkatan Lima.
|
|
|
|
|
|
|
|
ni mesti kelas belakang
lama dah kot benda2 mcm ni dari aku sekolah dulu dah ada jd mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mesti result SPM kena tahan nanti oh well.. mereput la korang tak sedar diri.. spender pun makpak still belikan tak sedar diri betol.. |
|
|
|
|
|
|
|
insulin replied at 18-2-2023 06:28 PM
Sekolah2 patut guna kerusi dan meja plastik. Lagi ringan dan murah.
Yes ..sekolah I guna meja plastik biru dgn kerusi plastik....tapi tetap pelajar vandalism nih dimana2...tahun lepas dibuangnya meja plastik dari tingkat 3...budak spm gak... perangai kurang ajar |
|
|
|
|
|
|
|
Jitu replied at 18-2-2023 10:57 PM
ni mesti kelas belakang
lama dah kot benda2 mcm ni dari aku sekolah dulu dah ada jd mcm ni
Exactly.
Budak2 form 5 lain tgh struggle study, budak2 kelas belakang ni bukan diaorg heran pn spm
X further study, buat tik tok je dpt duit |
|
|
|
|
|
|
|
Parents sila bayar kerosakan. Kalau tak, sekat je result SPM. |
|
|
|
|
|
|
|
amyza82 replied at 19-2-2023 12:29 AM
Exactly.
Budak2 form 5 lain tgh struggle study, budak2 kelas belakang ni bukan diaorg heran pn spm ...
Kalo herlokk x pe jugalah nk wat tik tok |
|
|
|
|
|
|
| |
|