CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 353|Reply: 0

[Perlis] Bolos sempadan seludup warga asing, dadah

[Copy link]
Post time 17-2-2023 04:23 PM | Show all posts |Read mode
Bolos sempadan seludup warga asing, dadah


Oleh Aizat Sharif - Februari 17, 2023 @ 3:42pm bhnews@bh.com.my




Antara yang dirampas polis dalam serbuan terhadap lima lelaki yang menceroboh sempadan Malaysia-Thailand dan membawa dadah - Foto Ihsan polis





PADANG BESAR: Lima lelaki termasuk tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan kerana disyaki terbabit dengan jenayah penyeludupan migran ke negara ini dengan membolosi pintu pagar sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, di sini semalam.

Malah, dalam kejadian itu juga, polis turut merampas 160 biji pil kuda daripada salah seorang suspek berkenaan.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, kejadian berlaku sekitar jam 12.15 tengah hari ketika anggotanya yang sedang menjalankan tugas 'Ops Pintas' yang turut dibantu oleh anggota Cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis ternampak kelibat tiga lelaki warga asing di dalam kawasan semak samun di bawah jejantas Jalan Kampung Kolam, di sini.

"Melihat pada gerak geri yang mencurigakan itu, kita terus menahan tiga warganegara asing berusia lingkungan 26 hingga 30 tahun yang didapati berada di dalam kawasan semak samun di bawah Jejantas Jalan Kampung Kolam, Padang Besar.

"Susulan tangkapan itu, pemerhatian kami selama dua jam di kawasan itu kemudian membawa kepada penahanan dua lagi lelaki yang mana salah seorangnya adalah warga tempatan berusia 41 tahun sedang menaiki sebuah motosikal jenis Honda RSX 150 dimana suspek dipercayai menjadi 'tekong' dalam menyeludup PATI tadi.

"Manakala, seorang lagi dipercayai pula adalah seorang warga asing berusia 39 tahun yang menaiki sebuah pikap jenis Toyota Hilux dipercayai menjadi 'transporter' kepada sindiket yang menyeludup masuk PATI berkenaan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut ke atas suspek itu mendapati bahawa tiga lelaki warga asing yang ditahan pada awal serbuan itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan ada yang sudah tamat tempoh.

"Kita kemudian menjalankan pemeriksaan ke atas suspek warga tempatan yang juga pemandu kenderaan pikap Toyota Hilux itu dan menemui sekotak rokok berjenama John Black dimana di dalamnya mengandungi 160 biji pil bewarna merah tertulis WY yang disyaki dadah jenis pil kuda dengan anggaran berat sebanyak 18.27 gram.

"Malah, hasil ujian air kencing padanya juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 26a Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 kerana menjalankan penyeludupan migran.

"Jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan denda.

"Selain itu, kita juga membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 manakala bagi kesalahan memiliki dadah pula, kes disiasat mengikut Seksyen 39a(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan salah boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun serta sebatan tidak lebih daripada sembilan sebatan," katanya.

Bagi kesalahan ujian air kencing positif pula, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak lebih daripada RM5000 atau maksimum dua tahun penjara.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.895447 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list