CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 256|Reply: 0

[Perlis] Guru agama perlu dalami ilmu hadis - Raja Muda Perlis

[Copy link]
Post time 17-2-2023 04:20 PM | Show all posts |Read mode
Guru agama perlu dalami ilmu hadis - Raja Muda Perlis


BERNAMA




FOTO HIASAN.



Kangar: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar guru agama di negeri ini mendalami ilmu hadis supaya segala maklumat yang disampaikan adalah benar.

"Tugas guru agama bukan sekadar mengetahui sesuatu hadis dan kemudian terus diajar kepada masyarakat tetapi pada masa sama nilailah hadis tersebut supaya apa yang diamalkan itu benar," titah baginda menerusi kenyataan dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.

Menurut kenyataan itu baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat merasmikan Seminar Kepentingan Menilai Status Hadis anjuran Jabatan Mufti Negeri bersama MAIPs dan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) di Auditorium KUIPs di sini.

Tuanku Syed Faizuddin, merangkap Yang Dipertua MAIPs bertitah melihat kepada kepentingan itu, Jabatan Mufti Negeri, KUIPs dan badan-badan agama yang lain di negeri ini mengorak langkah menganjurkan program keagamaan seperti ini dalam menyedarkan masyarakat tentang keperluan mempelajari ilmu agama melalui sumber yang sahih.

Sempena majlis berkenaan baginda turut berkenan melancarkan Buku Himpunan 50 Tazkirah terbitan Jabatan Mufti Negeri dan tarikh Perkampungan Sunnah Siri ke 8/2023 pada penghujung Mei ini.




Disiarkan pada: Februari 17, 2023 @ 4:12pm














Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.066553 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list