CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1459|Reply: 14

[Politik] Bekas pembaca berita TV3 rebut jawatan exco Wanita Umno

[Copy link]
Post time 16-2-2023 11:23 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 16-2-2023 11:24 AM

Personaliti TV rebut jawatan exco Wanita Umno
Haspaizi Zain
Diterbitkan:  Feb 16, 2023 8:00 AM



Personaliti televisyen, Nik Suryani Megat Deraman mengumumkan  untuk merebut jawatan exco Wanita Umno pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Bekas pembaca berita TV3 itu menyerahkan borang pencalonan bagi merebut jawatan berkenaan di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur, kelmarin.

Nik Suryani merupakan ahli Umno Cawangan Kubang Kepong, Marang, Terengganu.

"Hasrat saya menawarkan diri ini adalah untuk meneruskan kesinambungan perjuangan, pengorbanan dan khidmat bakti Wanita Umno pada negara sejak sebelum Merdeka.

"Selain berkongsi pengalaman selaku pengamal media dan industri kreatif yang telah berkecimpung hampir 20 tahun.

“Mudah-mudahan dengan sumbangan kecil saya ini, dan juga seluruh ahli Umno, parti keramat ini akan terus mara, relevan, sebagai wadah membela agama, bangsa dan tanah air tercinta,” katanya.

Nik Suryani merupakan bekas wartawan dan pembaca berita TV3 yang kini bergiat aktif dalam dunia perniagaan, media dan industri kreatif.

Isteri kepada Saiful Bukhari Azlan, pengadu kes liwat melibatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim itu, berhasrat untuk mencurahkan pengalamannya jika dipilih sebagai exco Wanita Umno.

Nik Suryani merupakan ahli Umno sejak tahun 2012.

Jelasnya, keputusan untuk bertanding jawatan itu telah mendapat restu daripada ahli keluarganya termasuk suami.

Pemilihan bagi jawatan sayap-sayap Umno, termasuk Wanita, akan berlangsung pada 11 Mac ini, seminggu sebelum pemilihan di peringkat pusat pada 18 Mac.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2023 11:31 AM | Show all posts
lantak kau lerrrr
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 11:45 AM | Show all posts
releven lagi kah umno ni???
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 11:50 AM | Show all posts
dapatkan dulu jawatan dalam parti, lepas tu berpeluang jadi calon YB dan berpeluang jadi Menteri Komunikasi...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 11:53 AM | Show all posts
cmf_acura replied at 16-2-2023 11:45 AM
releven lagi kah umno ni???

tentulah releven....sekarang pun TPM dan menteri2 sebahagiannya dari parti Umno, berperanan penting jugak dlm pembentukan kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 11:58 AM | Show all posts
Oh sheols wife si Saiful Bukhari rupanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2023 12:11 PM | Show all posts
vanillaninja replied at 16-2-2023 07:58 AM
Oh sheols wife si Saiful Bukhari rupanya.

Owh saipul and wife ni orang umno rupanya...


Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 12:18 PM | Show all posts
so
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2023 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 16-2-2023 11:53 AM
tentulah releven....sekarang pun TPM dan menteri2 sebahagiannya dari parti Umno, berperanan pentin ...

Seorang dlm proses penghakiman rasuah dll tiba2 semalam dia plk sambil gelak2  nk bukak kes rasuah org lain.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 16-2-2023 12:11 PM
Owh saipul and wife ni orang umno rupanya...


La.....x perasan la plk iols tadi dia wifey si sepol.  So, klau mng jwtn umngok dpt plk jwtn menteri time kna mtg dgn piem xde ke hati tu rasa berdebar2 nti? Wakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 02:07 PM | Show all posts
Soalan cliche, siapa botem?

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat dulu kat Tv dia interview bertalu2 kat anwar sampai anwar bengang tengoknya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 16-2-2023 11:50 AM
dapatkan dulu jawatan dalam parti, lepas tu berpeluang jadi calon YB dan berpeluang jadi Menteri Kom ...

Euww .....tpi xpela berangan tu percuma.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 05:52 PM | Show all posts
alesandra replied at 16-2-2023 02:54 PM
Euww .....tpi xpela berangan tu percuma.



berangan disertakan usaha, InsyaAllah boleh jadi kenyataan...
yg pegang jawatan tertinggi sekarang sama ada dalam parti ataupun kerajaan, bermula dari berangan jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 16-2-2023 12:11 PM
Owh saipul and wife ni orang umno rupanya...

Tk ada tujuan utk menghuru harakan kerajaan sekarang ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.059194 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list