CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 434|Reply: 1

[Tempatan] Alat ganti kenderaan disyaki tiruan dirampas

[Copy link]
Post time 15-2-2023 11:35 PM | Show all posts |Read mode
Alat ganti kenderaan disyaki tiruan dirampas


Pegawai Penguat Kuasa KPDN memeriksa premis yang dipercayai menjual alat ganti kenderaan disyaki tiruan. - FOTO IHSAN KPDN.


PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 3,043 unit alat ganti kenderaan jenama Hyundai dan KIA disyaki tiruan bernilai RM240,792 dalam dua serbuan berasingan di Batu Caves dan Cheras, minggu lalu.

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam, berkata dalam serbuan 7 Februari lalu, alat ganti berkenaan ialah penapis minyak, penapis angin dan tali sawat.

Beliau berkata, serbuan oleh sepasukan penguat kuasa KPDN Putrajaya itu adalah berdasarkan risikan beberapa hari sebelum serbuan selepas menerima aduan pemilik cap dagangan berdaftar barangan terbabit.

Katanya, pegawai penguat kuasa menahan dua lelaki tempatan berusia 30 dan 40 tahun yang masing-masing mengaku sebagai pemilik premis berkenaan serta menyita beberapa dokumen perniagaan.

"Individu berkenaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Akta berkenaan memperuntukkan denda sehingga RM10,000 bagi setiap barang tiruan atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala bagi kesalahan kedua dan seterusnya denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Beliau menasihatkan pengguna berhati-hati membeli alat ganti kenderaan sama ada di premis atau secara dalam talian, selain tidak menyokong aktiviti penjualan barangan tiruan kerana dikhuatiri boleh mengakibatkan kerugian serta menjejaskan keselamatan.

Azman berkata, pihaknya turut menumpaskan aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi dalam serbuan di Kampung Balik, Bukit, Tasek, Simpang Ampat, Pulau Pinang, kelmarin.

Dalam serbuan jam 2 pagi itu, katanya, anggota penguat kuasa KPDN Putrajaya menyita 22,00 liter diesel dan sebuah lori tangki, dua lori bertutup kanvas, beberapa tangki kosong dan berisi diesel serta beberapa peralatan lain yang digunakan untuk kegiatan penyelewengan.

"Nilai keseluruhan rampasan dianggar RM161,00 manakala lima lelaki berusia 35 hingga 45 tahun yang berada di premis berkenaan, dipercayai sedang melakukan aktiviti pemindahan diesel, ditahan," katanya.

Menurutnya, pihak premis gagal mengemukakan dokumen sah dan siasatan dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

- BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2023 11:35 PM | Show all posts
merampas 3,043 unit alat ganti kenderaan jenama Hyundai dan KIA disyaki tiruan bernilai RM240,792 dalam dua serbuan berasingan di Batu Caves dan Cheras, minggu lalu.










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.062891 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list