CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1127|Reply: 3

[Tempatan] Pertimbang pengeluaran KWSP, moratorium bantu rakyat terkesan - Muhyiddin

[Copy link]
Post time 15-2-2023 04:58 PM | Show all posts |Read mode
Pertimbang pengeluaran KWSP, moratorium bantu rakyat terkesan - Muhyiddin

https://www.bharian.com.my/berit ... ntu-rakyat-terkesan

Februari 15, 2023 @ 4:53pm


Muhyiddin ketika membahaskan Titah Diraja pada Persidangan Parlimen hari ini. - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap kerajaan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha memajukan ekonomi negara serta memelihara kebajikan rakyat.

Beliau berkata, ini termasuk mempertimbangkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pemberian moratorium pinjaman bank.

"Itulah tugas hakiki kerajaan. Dengarlah suara rakyat yang mahukan pembelaan.

"Misalnya, apalah salahnya kerajaan mempertimbangkan pengeluaran wang KWSP secara bersasar sekiranya itu adalah kehendak rakyat bagi membantu meringankan beban mereka di kala susah ini," katanya ketika sesi perbahasan Titah Diraja pada Persidangan Parlimen di sini hari ini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu juga berkata, bank terus membuat untung walaupun ketika negara berhadapan krisis.

Justeru, katanya, wajar sekali jika bank turut sama membantu rakyat dengan melaksanakan moratorium bayaran balik pinjaman secara bersasar bagi tempoh tertentu untuk meringankan beban akibat kesan inflasi dan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Sementara itu, Muhyiddin berkata dasar mengenai Bumiputera satu lagi perkara penting yang mesti diberikan keutamaan oleh kerajaan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, dalam konteks hari ini sebahagian besar daripada golongan B40 yang sudah bertukar menjadi B60, adalah Bumiputera.

"Sebuah negara majmuk dan berbilang kaum tidak akan stabil dan makmur sekiranya kaum majoriti berada dalam kelompok miskin dan berpendapatan rendah dengan jurang kaya miskin semakin melebar," katanya.

Selain itu, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata PN akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang berwibawa dengan melakukan semak dan imbang secara konstruktif.

"Ahli-Ahli Parlimen PN akan terus memainkan peranan kami dengan penuh berintegriti dan menjunjung prinsip Bersih, Prihatin dan Stabil.

"Mana-mana dasar yang baik kami sokong. Mana-mana dasar yang memberi mudarat kepada rakyat kami tentang," katanya. – BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2023 05:30 PM | Show all posts
bagus nya abah din, memang jaga kebajikan rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
xsalah sbb tu mmg duit drg pun
tp kalau masalah negara efek kt rakyat, xkan balik² rakyat yg kena fikir sendiri buat sdr sume
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 09:03 AM | Show all posts
buat jer syarat....100k keatas je yg boleh keluar..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.705525 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list