Diabetes Kehamilan atau Diabetes Semasa Hamil atau Kencing ManisGestasi atau Gestational Diabetes Mellitus (GDM) adalah kehilangan toleransi wanita terhadap carbohydrates (''gula'') yang di kesan pertama kalinya dalam wanita itu semasa beliau mengandung.
Semasa mengandung, kadar gula dalam darah (Blood Sugar Level ie BSL) adalah lebih rendah dari wanita tidak mengandung di dalam 1st dan 2nd trimesternya. Sebenarnya, kadar Insulin Resistance dalam wanita mengandung adalah lebih tinggi dari biasa. Kenapa kah begini? Ini sebenarnya ialah kerana badan mahu wanita tadi kekal mempunyai BSL tinggi sedikit, agar darahnya yang pergi kepada foetus, masih mempunyai gula yang agak tinggi sedikit. Foetus tadi lalu mengambil gula ini untuk tumbesarannya. Hasilnya:
1) panceas foetus menjadi aktif lalu membuat insulinnya sendiri (Insulin adalah hormone yang anabolic, ie ia mendorong tumbesaran - ini lah sebabnya kenapa bila pesakit guna Insulin, berat mereka naik) 2) foetus membesar dengan normal 3) kadar BSL emaknya lebih rendah dari wanita tidak mengandung di dalam 1st dan 2nd trimester kerana sedikit gulanya diambil oleh foetus
Walaubagaimana, dalam kes GDM, mechanism diatas adalah terlebih sedikit, dimana kadar Insulin Resistance emaknya tadi adalah tinggi sedikit dari yang diperlukan. Ini membawa kepada tingginya BSL emaknya, walhal foetus telah mengambil gula dari emaknya dengan banyak. Ditambah dengan nombor 2) diatas, maka foetus akan menjadi baby yang besar (Macrosomia), dan ibunya mempunyai BSL yang tinggi. Sila rujuk pada: https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=944150
Oral Glucose Tolerance Test (OGTT) adalah tests yang sangat berguna untuk kita diagnose GDM, kerena ia mengesan kehilangan toleransi pada carbohydrate sebagaimana diatas. Diagnosis nya ialah: -BSL >5.6 pada time 0800 (ie OGTT ini perlu kita puasa dari pukul 0001 hingga 0800) -BSL > 7.8, 2 jam selepas emaknya diberi 75g glucose untuk diminum
OGTT ini dibuat ke atas: -wanita yg ingin mengadung tetapi ada risiko untuk dapat DM eg Gemuk, pernah dapat baby Macrosomia, ada Family History, pernah dapat GDM sebelum ini -pada 24th-28th week pregnancy pada mana2 wanita yang ada factors diatas -6 minggu selepas wanita2 yang ada GDM melahirkan baby
GDM adalah lebih kerap berlaku pada 2nd dan 3rd Trimesters.
Apakah komplikasi GDM ini kepada baby? -Macrosomia -Pre-ecclampsia -Shoulder Dystocia -Miscarriage -Stillbirth -Pre-term -Congenital Malformations
Juga perlu diingat, mana2 wanita yang dapat GDM, 20% dari mereka akan mendapat Type 2 DM jika tidak ambil langkah berjaga-jaga iaitu: -dietary changes -lifestyle changes
Jika didapati ada GDM, maka kami akan: -mulakan dietary changes -lifestyle changes -Metformin dan/atau Glibenclamide -atau terus kepada Insulin
Semoga wanita2 di negara kita faham tentang kepentingan memantau diri mereka dan juga kandungan mereka bila mengandung.
|