CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 688|Reply: 0

Modenas Elegan 250 EX Capai Status Euro 4

[Copy link]
Post time 15-2-2023 03:36 PM | Show all posts |Read mode
Modenas telah pun mengemas kini skuter maxi popular, Modenas Elegan 250 EX bagi tahun 2023 yang kini telah dinaik taraf dengan enjin Euro 4.



Menurut Modenas, Elegan 250 EX itu kini dilengkapi enjin satu silinder 250cc, SOHC yang kini mencapai standard Euro 4. Bagaimanapun, kuasa dihasilkan kekal sama seperti sebelum ini dengan 22hp pada 7,000rpm dan 22.4Nm pada 6,500rpm.



Bagi mencapai emisi Euro 4 yang merupakan standard terbaru di Malaysia,  beberapa perubahan dilakukan di bahagian enjin dan ekzos agar tahap emisi yang dikeluarkan adalah lebih rendah berbanding sebelum ini.

Dalam pada itu, Elegan 250 EX 2023 ini juga turut mendapat lampu depan projektor LED baharu dengan fungsi DRL (daytime running light) sekaligus meningkatkan tahap pencahayaan terutamanya di waktu malam.



Bagaimanapun, ciri lain kekal sama seperti model sebelumnya yang dilancarkan pada November 2020.

Modenas Elegan 250 EX ini ditawarkan pada harga RM16,997 dan datang dengan dua warna pilihan; Matte Sliver Crystal dan Petroleum Blue.

https://motomalaya.net/blog/2023 ... tus-euro-4-rm16997/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.050370 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list