CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 243|Reply: 0

[Perlis] Sindiket seludup petrol, diesel subsidi makin susah cari makan

[Copy link]
Post time 15-2-2023 03:03 PM | Show all posts |Read mode
Sindiket seludup petrol, diesel subsidi makin susah cari makan


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



Salahuddin (dua dari kanan) membantu mengisi petrol tidak bersubsidi ke dalam sebuah lori kontena berpendaftaran Thailand yang tiba di stesen minyak tidak bersubsidi di Kawasan Perindustrian Kampung Kolam, Padang Besar. FOTO AIZAT SHARIF




Padang Besar: Lori serta pacuan empat roda milik sindiket penyeludupan minyak bersubsidi dari negara jiran kini menumpukan stesen minyak di negeri di pantai timur untuk menjalankan kegiatan mereka.

Ini kerana, stesen minyak di sekitar kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis 'dipenuhi' penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Pada masa sama, pembukaan lebih banyak stesen minyak tidak bersubsidi di lokasi berkenaan juga menjadi pencetus kepada 'penghijrahan' terbabit.

Ketika mendedahkan perkara itu, Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, sindiket dari negara jiran itu mengalihkan haluan mereka ke pantai timur kerana tidak banyak stesen minyak tidak bersubsidi didirikan di negeri berkenaan.

"Berdasarkan maklumat anggota kita (KPDN), lori dan pacuan empat roda yang didaftarkan di Thailand mula beralih untuk mengisi minyak bersubsidi di stesen minyak di sekitar kawasan sempadan antarabangsa negara di sebelah pantai timur.

"Jadi, saya melihat, jika kita buka lebih banyak stesen minyak tidak bersubsidi di kawasan pantai timur, maka itu adalah jalan penyelesaian terbaik dan sekurang-kurangnya kerugian sebanyak RM150 juta setahun itu (ketirisan subsidi) dapat diatasi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Projek Rintis Pembekalan Minyak RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi di Perlis di sebuah stesen minyak tidak bersubsidi di Kawasan Perindustrian Kampung Kolam di sini, hari ini.

"Saya akan mencadangkan kepada kerajaan supaya lebih banyak stesen minyak tidak bersubsidi dibuka di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan, kawasan sempadan Malaysia-Singapura di Johor Bahru, Johor selain kawasan sempadan Malaysia-Indonesia di Sabah dan Sarawak," katanya lagi.

Menurut beliau, langkah memperluaskan lebih banyak stesen minyak tidak bersubsidi dilihat lebih ekonomi dan praktikal malah dapat menyelamatkan ketirisan subsidi negara.

"Ini adalah suatu kaedah atau pendekatan ekonomi yang praktikal dan global. Ia juga menyelamatkan ketirisan subsidi kerana masih memberikan keuntungan kepada kerajaan dan jika betul caranya, saya rasa kutipan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) juga boleh diambil," katanya.

Beliau berkata, sepanjang 2022, KPDN merekodkan 43 tangkapan kes membabitkan penyeludupan petrol dan diesel bersubsidi di Perlis dengan jumlah rampasan RM100,611.

"Melalui langkah ini, setiap kenderaan berpendaftaran asing boleh mendapatkan bekalan petrol dan diesel di stesen minyak komersil dengan harga komersil serta tanpa subsidi," katanya.

Pada masa sama, menurut beliau, projek rintis di Perlis ini akan dijalankan untuk tiga bulan bermula awal Februari hingga April ini.

Ia bagi menilai keberkesanan program ini sebelum diperluaskan ke negeri yang mempunyai sempadan antarabangsa seperti Kedah, Perak, Kelantan, Johor, Sabah dan Sarawak.




Disiarkan pada: Februari 15, 2023 @ 2:24pm














Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.053596 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list