CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7968|Reply: 104

Teruja Nak Besarkan- Habis RM23600 Tapi Payudara Nampak Pelik, Beralih Arah

[Copy link]
Post time 15-2-2023 02:14 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Teruja mahu memiliki payudara bersaiz luar biasa bagi menarik perhatian ramai berakhir tragedi apabila seorang wanita sebaliknya terpaksa dikejarkan ke hospital bagi menyelamatkan nyawanya.


Mangsa mendakwa pembedahan membesarkan payudara (breast filler) membabitkan kos lebih RM23,600 dilakukannya penghujung tahun lalu di sebuah premis di ibu kota.


Lebih memalukan apabila hasil pembedahan itu menyebabkan fizikal mangsa kelihatan aneh apabila payudaranya beralih posisi hingga mangsa kelihatan pelik.




Foto: Harian Metro




Mangsa yang mahu dikenali sebagai Elis, 32, tertarik untuk melakukan pembedahan membesarkan payudara ditawarkan melalui laman sosial Facebook.


Dia yang bekerja sebagai pendandan rambut profesional kemudian dibawa seorang ejen untuk bertemu doktor terbabit bagi berbincang soal kos pembedahan.


"Saya diberikan diskaun dan hanya perlu membayar RM23,600 berbanding kos asal lebih RM26,000. Malah saya terlalu yakin kepada doktor lelaki berusia 40-an itu yang mendakwa memilik kelulusan menawarkan khidmat itu dari Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).


"Malah klinik pembedahan dikendalikan doktor itu terletak di Bukit Kiara di sini, didakwa mendapat kelulusan beroperasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.


Menurutnya, dia kemudian menjalani pembedahan selama dua jam di premis itu dengan memasukkan implan ke dalam kedua-dua payudaranya.


"Bagaimanapun, selepas 4 bulan melakukan pembedahan itu, saya mula berasa tidak selesa dan sakit pada bahagian kanan payudara. Malah lebih menyakitkan apabila bahagian puting turut membengkak.


"Selain itu kedudukan payudara turut 'beralih' lokasi hingga menyebabkan ia kelihatan pelik. Saya kemudian pergi semula bertemu 'doktor' berkenaan bagi mendapatkan penjelasan


"Malangnya doktor itu enggan bertanggungjawab atas kerosakan yang berlaku selain menjalankan semula pembedahan bagi mengeluarkan implan yang ditanam di dalam payudara saya," katanya.


Menurutnya, akibat tidak tahan dengan derita dialami, mangsa terpaksa pergi ke sebuah hospital swasta di Damansara bagi mendapatkan rawatan.


"Doktor di hospital berkenaan mengesan berlaku jangkitan serta kedudukan payudara saya yang 'lari' dari kedudukan asal. Saya disarankan melakukan pembedahan di hospital itu bagi menyelamatkan nyawa.


"Saya terpaksa membayar RM28,000 bagi kos pembedahan berkenaan. Susulan kejadian itu saya bertindak membuat laporan kepada pihak MMA kerana tidak mahu lebih ramai mangsa tertipu," katanya ketika ditemui membuat aduan kepada Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan (PSCD) MCA, Datuk Seri Michael Chong, semalam.


Sementara itu, MMA yang dihubungi mengesahkan bahawa pihaknya menerima aduan dihantar mangsa membabitkan doktor estetik berkenaan.


Bagaimanapun siasatan melalui Malaysia Medical Council (MMC) mendapati doktor terbabit tidak berdaftar secara sah untuk berkhidmat di negara ini.


Menurutnya, mangsa sudah diarah membuat laporan rasmi kepada Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) terhadap klinik estetik berkenaan.


Dalam kes berasingan sebelum ini, seorang wanita berusia 30-an turut menjadi mangsa apabila payudaranya rosak dan mengalami jangkitan selepas menjalani pembedahan.


Mangsa mahu dikenali sebagai Tham mengadu payudaranya dijangkiti dan mengalami rasa gatal selepas menjalani prosedur pembedahan oleh seorang pakar bedah.


Dia mendakwa melakukan pembedahan itu membabitkan kos RM13,000 untuk memuaskan hati teman lelakinya


Namun seminggu selepas melakukan pembedahan, nanah keluar dari bahagian yang disuntik pakar bedah itu dengan lemak diambil daripada bahagian punggungnya.


Mangsa mengatakan bahawa dia menjalani pembedahan menyakitkan itu dalam keadaan sedar kerana pakar bedah itu memberitahunya bahawa dia tidak mempunyai lesen untuk membiusnya.


Akibatnya payudara mangsa turut menjadi bengkak dan bertukar warna kepada hitam.


Sementara itu, Michael Chong menyeru semua wanita yang memilih untuk menjalani pembedahan kosmetik atau plastik supaya mendapatkan khidmat doktor berlesen dan disahkan bertauliah sahaja.


"Ia akan mengurangkan risiko untuk mendapati kesan mudarat serta boleh membahayakan nyawa orang ramai. Setakat ini, seramai empat wanita sudah membuat laporan kepada kami sejak tahun lalu," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2023 02:23 PM | Show all posts
seramnyahhhh.. peponen kah yang buat implan bagai semua ni?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Halba besarkan boobies secara alami. Tapi tak lah bombastic cam Doja Cat tu.
Ambil halba (in english fenugreek). Minum dan buat amalan.
Tak caya google lah. English boleh. In bahasa melayu pun boleh.
Cam I, I beli sekotak halba serbuk. I letak air. Tunggu dia jadi paste (ala cam paste kari tu). Setiap pagi I cubit tiga biji ikut senang nak telan.
I dah amalkan. Mmg ketet firm.
Rasa sihat pun ya sebab halba ni lancarkan aliran darah kita.
Selamat mencuba.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 02:26 PM | Show all posts
Ada sorang peguam kat fb penah post, client dia penah buat breast implant sebab laki suruh nak tek beso. Sudahnya menderita sakit macam2. Nak besarkan tek guna duit sendiri, nak berubat pun duit sendiri. Moga laki ni masuk neraka tak keluar2.


Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 02:27 PM | Show all posts
Themilo replied at 15-2-2023 06:23 AM
seramnyahhhh.. peponen kah yang buat implan bagai semua ni?

I agree with your siggy
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
nak besar2 breast ni larat ke nak membawa tu
dah besar baju kene tukar size kalau tak nati butang takleh katup.  bra pun kene beli baru menyusahkan la. kat msia ni bra beso2 tak byk yg cun2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2023 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Keje sebagai pendandan rambut nak besarkan tek. Herm, boleh relate
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh jer gemukkan badan dulu pastu diet balik nanti yang atas tu mainten besar jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2023 02:46 PM | Show all posts
Lily_Elizabeth_ replied at 15-2-2023 02:26 PM
Halba besarkan boobies secara alami. Tapi tak lah bombastic cam Doja Cat tu.
Ambil halba (in english ...

wah, mesti mantap..

betul la tu, kalo boleh, gunakan lah petua2 herba dulu,


aku pn guna halba utk cuci rambut , ubati kelumumur, mmg 2-3 kali pakai kelumumur hilang, tp bau nya hahaha

kena la syampoo rambut guna bau yg kuat ...+ conditioner
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 02:48 PM | Show all posts
puting beralih?so jadi tek juling la ni?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 02:48 PM | Show all posts
kotakominami replied at 15-2-2023 06:38 AM
Boleh jer gemukkan badan dulu pastu diet balik nanti yang atas tu mainten besar jer

ye ke?

Sebab tek ni is mostly fat cells, selain kelenjar2...kalau badan kurus, lemak hilang, tek pun mengecik.

Cuba tengok celeb kurus2 yang tak buat breast enlargement macam Nicole Kidman, Jennifer Connelly, tek kecik aje.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 02:49 PM | Show all posts
makita replied at 15-2-2023 02:32 PM
Keje sebagai pendandan rambut nak besarkan tek. Herm, boleh relate

tahun 1998 , ada kawan aku cerita,

dia ada dgr desas desus, salon ni ada buat extra service, member aku pergi, dia kata mmg ada,

tak silap aku dlm 100+ kot,


ni kawan aku tau, jgn salah sangka,


pastu dia cakap ada 1 zaman tu , filipino pn sama, buat dandan rambut, tp ada extra..


so mgkn la, tete besar boleh tarik pelanggan haha
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 02:50 PM | Show all posts
mamajawie replied at 15-2-2023 02:48 PM
puting beralih?so jadi tek juling la ni?

err tak baik bodi shaming orang kau ni,

tp haha, mmg lucu
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 02:51 PM | Show all posts
Scarynya......
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 15-2-2023 02:49 PM
tahun 1998 , ada kawan aku cerita,

dia ada dgr desas desus, salon ni ada buat extra service, mem ...

Hahaha tu la pasal..kira pelaburan gak ni besarkan tek.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 03:05 PM | Show all posts
xde gmbar ke..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2023 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sufi^_^ replied at 15-2-2023 02:48 PM
ye ke?

Sebab tek ni is mostly fat cells, selain kelenjar2...kalau badan kurus, lemak hilang, tek  ...

Boleh....tak caye buatlah... menjadi...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 04:35 PM | Show all posts
nasib baik tak jadi lato lato
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Beralih lokasi tu pi ke mana? Naik ke dahi ka?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 04:46 PM | Show all posts
Beralih arah? Pointing ke tepi ka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.675840 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list