Seekor gajah mati akibat memakan pisang yang dicemari bahan kimia, lapor Thaiger.
Susulan kejadian itu, pengusaha kem Koh Chang, timur Thailand memberi amaran kepada pelancong supaya tidak lagi memberi makan kepada haiwan berkenaan.
 Gajah berusia 20 tahun ditemui mati makan pisang dicemari karbit. - Agensi
Menurut Kosmo!, pengusaha kem yang juga jurulatih gajah, Chaisawan Nueng Phisin berkata, seekor gajah jantan berumur 20 tahun di Kem Gajah Kaebai Meechai di Koh Chang jatuh sakit dan kembung perut selepas diberi makan oleh pelancong beberapa minggu lalu.
Selepas disiasat, gajah itu didapati makan pisang yang dibeli di pasar dan dicampur dengan gas etilena atau karbit.
Doktor haiwan yang dipanggil dari Hospital Gajah di wilayah Lampang gagal merawat dan gajah itu disahkan mati pada Sabtu lalu.
Difahamkan, buah-buahan di pasar segar kebiasaannya diperam dalam bekas mengandungi karbit supaya cepat masak.
Bagaimanapun, kandungan bahan tersebut boleh membawa maut kepada haiwan yang memakannya. - CARI |