CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2183|Reply: 29

B40 Buat Perangai, Suka 'Sidai' Rider Hantar Barangan COD-Ada Yang Menyorok, Bagi Alasan Tak Gaji

[Copy link]
Post time 15-2-2023 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Cash On Delivery (COD) ialah penjual akan berjumpa dengan pembeli untuk menyerahkan barang secara bersemuka dan pelanggan akan membayar harga yang dipersetujui dalam bentuk tunai.


Rata-rata yang menggunakan kaedah ini ialah penjual dalam talian yang ingin memberi peluang kepada pelanggan yang tidak pandai membuat pembayaran secara pemindahan wang melalui akaun bank untuk membeli produk yang dijual.




Gambar Hiasan




Namun, kemudahan COD yang ditawarkan hanya sia-sia apabila masih wujud pelanggan yang mempunyai pemikiran cetek sekali gus menyusahkan golongan penjual atau penghantar.




Itulah kisah yang dikongsi oleh seorang rider yang memuat naik gambar dan menceritakan bagaimana dirinya 'disidai' (dibiar menunggu lama) oleh pelanggan yang tidak mahu membuka pintu untuk menerima barang yang dipesan.


"Nak privasi tak payahlah order COD. Aniaya rider penat-penat ke rumah lepas tu ketuk pintu, tak nak buka. Dengar suara budak-budak dalam rumah dan dengar suara perempuan suruh budak-budak diam. Call, mesej, WhatsApp semua tak dapat," luahnya.


Penghuni rumah itu turut menampal sekeping nota di pintu hadapan kediamannya meminta rider untuk mengetuk pintu rumah sebanyak tiga kali sahaja bagi menghormati privasi.


"Sila berikan salam dan ketuk pintu. Jika melebihi tiga kali, pintu tidak dibuka, tolong jangan ketuk lagi. Terima kasih kerana menghormati privasi kami," tulis pemilik rumah berkenaan.


Hantaran berkenaan kemudiannya dikongsi semula oleh seorang individu di laman Facebook, yang percaya situasi ini melibatkan golongan B40 yang dikatakan suka menyusahkan banyak pihak.










Individu tersebut turut memberitahu bahawa golongan T20 lebih mempunyai sikap 'faham bahasa' dengan memberi kerjasama yang baik kepada rider penghantar barang walaupun harga barang itu mahal.


"Kenapa mentaliti B40, pesan barang COD dan menyusahkan semua pihak? Sama ada peniaga atau penghantar dan kadang jiran sebelah pun disusahkan. Apa yang istimewa sangat pesan guna COD?


"Kalau alasan B40? Duit tak cukup, mak tak tinggal duit, duit dah terpakai beli topup, suami tak bagi duit lagilah.


"Kalau yang ada dua bungkusan barang pula lain situasi. Hari ni ambil yang murah dulu dan bungkusan lagi satu hantar esok sebab tak ada duit.


"Jangan cakap T20 tak ada pesan COD. Ada sahaja cuma harga barang atas RM50 atau RM100 dan mereka terus sediakan duit dengan segera ya," katanya.


Dia yang dilihat seperti pernah berdepan pengalaman yang sama turut menyenaraikan jenis rumah pelanggan yang suka menggunakan khidmat COD.


Tambahnya, ada rider yang pernah dimarahi pelanggan apabila memulangkan kembali barang ke hab kerana pelanggan tidak mahu membayar barang yang dipesan.


"Kebanyakan yang COD ni penduduk flat Program Perumahan Rakyat (PPR), rumah setinggan dan rumah teres yang lorong penuh diparkir dengan kereta.


"Kalau penghantar barang tak dapat bagi barang sebab tak bayar lagi dan terpaksa dipulangkan semula ke hub, boleh pula dimarahnya rider tu dalam WhatsApp.


"Rider kena marah sebab pulangkan semula (ke hab) sebab (pelanggan) nak bayar nanti, jadi jangan pulangkan semula. Eh peninglah," ujarnya.


Individu itu turut memberi pesanan bahawa bukan semua pelanggan selalunya betul.


Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen marah dengan sikap golongan sebegitu dan berkongsi kisah yang hampir sama seperti rider penghantar barang berkenaan


"Betul. Kawan saya kerja Shopee Express dan selalu mengeluh pasal COD ni. Ada yang belum gajilah dan duit tak ada lagilah. Habis tu gatal tangan nak beli. Tapi kalau dapat rumah orang kaya senang cerita. Siap letak duit dalam angpau. Ada baki dia suruh ambil.


"Saya sebagai peniaga. Memang nak nangis. Kadang barang hantar balik lebih orang. Rasa nak nangis sangat-sangat. Dah la kos COD kena bayar. Kalau murah tak apa. Ni dah la mahal," demikian antara komen netizen.


Ada juga yang meminta sistem COD ini dihapuskan supaya tidak lagi berlakunya 'penganiayaan' terhadap rider penghantar barang dan penjual oleh pelanggan.


"Aku rasa nak bagi adil, kena berhentilah COD ni. Bayar siap-siap saja. Aku tak pernah beli COD ni, Nak selamat memang aku beli daripada penjual yang dipercayai, Shopee  yang boleh dipercayai atau Grab yang boleh minta bayaran balik kalau barang rosak atau tak sampai," komen seorang netizen. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2023 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Joy buyer?
Duit tader.
Gatai nk bebeli.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 10:56 AM | Show all posts
melampau btl!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 11:00 AM | Show all posts
masa beli tu ada duit
time nak sampai dah beli apa2 duit tu so.. hahahaha
aku rasala
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 11:18 AM | Show all posts
this is why la xyh cod
klu dak jumpa org cenggini buat sakit hati balik je

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 11:30 AM | Show all posts
Saya memang tak gemar guna COD. Saya selalu minta seller no akaun bank yang boleh transfer online. Senang kalau saya takde di rumah pun rider boleh letak je dalam kotak surat atau gantung dekat pagar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2023 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Peragai babi ginilah yg buat makin kurang cod..akak dah la takde online banking
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 12:17 PM | Show all posts
Ya Allah aku baru taw kejadian mcmnie berlaku utk COD..bole pula ko reject2.. ayoooo..
selama nie igt COD mmg ko msti bayar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2023 12:25 PM | Show all posts
hahahahha masa order duit dlm bank xde,sbb tu dia tekan cod kot2 nt ada duit, bila barang sampai duit masih xde sbb tu jd lagu tu,
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 12:38 PM | Show all posts
aku suka je pakai cod kalau kat shopee. aku mmg kurang beli kat shoppe / lazada, aku beli makanan & brg kucing je. ada la few time aku kena shopee express peram makanan kucing lebih 30 hari wehh dia courier peram mcm hamjat. dah report seller, shopee sampai cancel order, dan dan 2-3 jam pastu terus sampai. babi betul shopee express. since then aku beli makanan kucing mmg cod, ko nak hantar taknak hantar lantak kome, lewat 3 hari ku beli makanan baru, pastu bila time shopee xpress ni hegeh2 hantar sebab dah lama sgt mmg ku reject ajer
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun suka cod SBB barang sllu hilang. Gitu
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 01:31 PM | Show all posts
iols malas nak sebut kasta2 B40 ke T20 ke M40 ke... tapi kebetulan majoriti yang berperangai macamtu memang dari B40

kesiankan lah sesama sedara mara B40 yang tukang hantar jugak tu... Ni tidak, pentingkan diri je lebih... Orang2 macamni tak layak hidup dekat muka bumi ni, patut la level deorang tak pernah naik, kerja dok penganiaya orang, rezeki pun makin sempit...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasanya sapa eh suka cod ni? Sbb tak reti on9 banking ke?
Katanya yg beli kat tiktok suka cod nih.


Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 01:42 PM | Show all posts
sebab tu la taraf b40 m40 tu tak berubah..
perangai caprut warisan zaman ke zaman..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 15-2-2023 01:31 PM
iols malas nak sebut kasta2 B40 ke T20 ke M40 ke... tapi kebetulan majoriti yang berperangai macamtu ...

Pelik beli ngn shopi pun nak COD, lain la beli ngn seller kat ig atau kat whatsapp yg takde ciri keselamatan  mahupun jaminan wang kembali tu.

Lagi satu benci tul ayat laki tak bagi bagai tu, lenkali sblm nk order tanya laki dulu takpun sudah2 la menipu konon laki tak bg bagai padahal laki pun xtau bini duk order apa kt umah tu.

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 02:08 PM | Show all posts
itu la  nye
kdg bkn salah kami pembeli
dh bg note, dtg ptg...
entah bila dia dtg, eh alih2 bg alasan aku xnak brg...
angguk dia..aku duk tgu jek...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2023 08:16 AM | Show all posts
pangai acik sgtttt
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya COD is disabled utk grab etc
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Entahla..kalau komen lebih2 kang dikatanya menghina golongan ini..
Sejenis order tak reti tengok poket sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 08:24 AM | Show all posts
dudaberhias replied at 15-2-2023 01:31 PM
iols malas nak sebut kasta2 B40 ke T20 ke M40 ke... tapi kebetulan majoriti yang berperangai macamtu ...

kerlass kau jah.. meols baru je nak ckp yg sama

b40 ni ekceli terpaling rasa entitled kek mesia nehhh

depa buat org takpe, org buat depa takbuleh, pastu merempan mintak simpati

species smua kan bagi muka sbb kasta plg rendah, padahal perangai sendiri nauzubillah..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.191161 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list