View: 541|Reply: 3
|
Tahap Membimbangkan, Tiga Penduduk Pahang Kena Kanser Setiap Hari
[Copy link]
|
|
BERA – Secara purata, tiga individu dikesan mengidap penyakit kanser setiap hari dan ini mejadikan negeri ini berada di tahap membimbangkan.
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Bahagian Perubatan), Datuk Dr. Wan Abdul Rahim Wan Muhammad berkata, dianggarkan 1,000 pesakit kanser direkodkan setiap tahun dengan 60 peratus daripadanya dikesan menghidap penyakit kanser tahap tiga dan tahap empat.
Katanya, ini termasuk kira-kira lapan daripada 10,000 individu lelaki berusia 50 tahun ke atas yang disahkan menghidap penyakit kanser prostat.
 Gambar Hiasan
“Sebab itu pentingnya pemeriksaan awal kepada orang lelaki terutamanya yang sudah berusia 50 tahun ke atas, tidak perlu tunggu sakit, tetapi pergi sahaja ke klinik kesihatan berdekatan.
“Hanya beberapa minit sahaja untuk buat pemeriksaan air kencing, sekiranya ada sesuatu dikesan menerusi keputusan ujian itu, barulah individu terbabit perlu menjalani pemeriksaan seterusnya,” katanya pada Program Saringan Kanser Prostat 2023 Peringkat Negeri Pahang, di Hospital Bera di sini semalam.
Dalam pada itu kata Wan Abdul Rahim, kempen kesedaran penyakit prostat peringkat negeri Pahang merupakan aktiviti tahunan Jabatan Urologi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan yang dibuat sejak 2010.
Beliau menjelaskan dalam tempoh tersebut kempen berkenaan telah dilaksanakan di 10 fasiliti di beberapa daerah dengan Bera menjadi destinasi ke-11.
Jelasnya menerusi kempen berterusan ini lebih 2,000 peserta telah disaring dengan hampir 50 peratus dikesan mempunyai penyakit berkait kelenjar prostat dan sebilangannya dikesan menghidapi penyakit kanser prostat peringkat awal.
“Kumpulan sasaran bagi program ini adalah golongan lelaki berumur 50 tahun dan ke atas ada simptom kencing (lower urinary tract symptoms) serta lelaki berumur 40 tahun yang ada sejarah keluarga sakit itu,” jelasnya. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat masa iols jaga ayah iols waktu siang kat wad onkologi
Pakcik ni kena kanser prostate .jalan bongkok2 je...senyum kat orang
Ayah iols ckp pakcik TU kena kanser prostate..habis dos nnt dia akan menjerit..
Mmg betul..dia akan menjerit..sakit sangat..nurse akan inject morphine kat dia..
Kesian bila tengok pesakit2 tahap 4 ni...kalau tak kuat semangat..mmg habia |
|
|
|
|
|
|
| |
|