View: 998|Reply: 12
|
Orang Awam Disaran Beri Laluan Kepada Pesakit Kritikal Elak Kesesakan
[Copy link]
|
|
Pengarah Hospital Putrajaya menyarankan orang awam untuk memberi laluan kepada pesakit kritikal mendapatkan rawatan segera di Jabatan Kecemasan dan Trauma.
Datuk Dr Nora'i Mohd Said menasihatkan mereka mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran terlebih dahulu bagi kes-kes bukan kecemasan bagi membolehkan isu kesesakan atau jumlah pesakit ramai di hospital berkenaan ditangani dengan baik.
 Twitter
Dia berkata demikian dalam satu kenyataan pada Selasa bagi mengulas isu kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya dibangkitkan seorang pengguna Twitter semalam (13 Februari).
Merujuk ciapan bertarikh 13 Februari, Dr Nora'i menjelaskan pihak Hospital Putrajaya mengambil maklum mengenai isu kesesakan pesakit di Jabatan Kecemasan dan Trauma yang dibangkitkan oleh pemilik akaun tersebut, serta berterima kasih dan berlapang dada menerima pandangan yang dikemukakan.
Katanya, pada 13 Februari iaitu di antara pukul 11 malam hingga 1 pagi, bilangan pesakit di Zon Hijau hospital berkenaan mencecah 95 orang manakala jumlah keseluruhan pegawai perubatan yang bertugas ialah 13 orang.
" etugas lain termasuk jururawat juga bertugas pada kapasiti maksima dan para doktor serta kakitangan bergilir untuk memanggil pesakit, bagi mengelakkan pesakit menunggu lama dan memudahkan doktor mendapatkan maklumat terus daripada pesakit,” katanya.
Menyentuh isu kerusi roda tidak mencukupi pula katanya, pihak hospital telah menyediakan 15 kerusi roda bagi pesakit memerlukan dan pesakit atau waris boleh memohon di kaunter triage yang disediakan atau mendapatkan kerusi roda tambahan di kaunter keselamatan di Lobi Utama.
Jelasnya lagi ruang menunggu juga ada disediakan berhampiran kawasan kaunter farmasi Jabatan Kecemasan dan di dalam kawasan ruang legar di Lobi Utama. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Dlm film India tamil hisdustan terus lempang staff hospital utk potong q |
|
|
|
|
|
|
|
yelah tu apa apa jelah, dua dua pihak ada yg tak betulnya |
|
|
|
|
|
|
|
Hadap je la dekkkk..
Menda subsidized.
Bayaq singgit.
Hat p private pn lamaaaa nunggu kt emergency.
Cuma ambiance xmcm sepital gomen je lar
Sabar ya..
Istighfar byk² |
|
|
|
|
|
|
|
kalau x puas hati sgt...kau pegi laa spital swasta (tu pun kalau kau mampu)
|
|
|
|
|
|
|
|
1. klinik kerajaan kena buka waktu malam juga lah nampaknya.
2. seriously our gov hosps need help. betul apa yg dicakap tu. 2 sektor ni perlu lebih peruntukan. pendidikan dan kesihatan. |
|
|
|
|
|
|
|
betul ape dia isu kan.. benda mcm ni kena spred untuk orang buka mata mana lack "system of the management".. kadang bende dah ade org tak buat kerja contoh tandas & fasiliti.. semua tu ada kadang dorang yang simpan kat stor berkurun takde pekerja yg rajin nak buat mende2 tu, tandas pula incharge sambil lewa pantau pekerja (outsource cleaner) tak ikut sop kerja pembersihan tandas. jenis asal boleh, Putrajaya kot tempat yang dikatakan baru juga la populasi manusia hidup kat situ |
|
|
|
|
|
|
|
Minggu lepas aku kena berkampung kat emergency di pekan kecik di sini kerana 2 kes kecemasan..1. serangan paru2 n kes ke2
diabetes coma. ..Masa tunggu tu ada lah beberapa family yg hantar family member sedang menunggu ,merungut layanan lambat ...bila tanya kenapa datang ke emergency..anak demam rata2 menjawab. Hanya 2-3 kes betul2 emergency. Bila Tanya ,kenapa bwk nk demm ke emergency,Tak ke pesakit luar (terletak di hospital yg sama) ..malas nak kesana parking susah ,dah tu utk pesakit demam tu ahli keluarga dtg ramai2 samapi penuh ruang menunggu...kalau kt emergency, rasanya doktor utamakan persakit macam Mana ? Deman ke real emergency kes? |
|
|
|
|
|
|
|
Kami mahu klinik 1 Malaysia dibuka semula 
- nurmisman, pengundi din pagooh
 |
|
|
|
|
|
|
|
spital gomen ni org yg dtg pun ramai
toilet br cuci 5 minit je..dh kotor balik
|
|
|
|
|
|
|
|
adoii... member datang hospital malam2, boleh pulak pengarah hospital respon suruh pegi klinik kesihatan berhampiran terlebih dahulu
outpatient pun tutup lepas office hour, org kerumun emergency je laaa nak pegi mana lagi |
|
|
|
|
|
|
|
hospital private maha mahal tu pun sama.. q nk mask ward separuh hari mcm sial.. duit aku ko nak pula |
|
|
|
|
|
|
|
Solutionnya..dilarang sakit . huhuhu.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|