PETALING JAYA: Menu Rahmah bukan sahaja murah malah boleh menyumbang terhadap pengurangan kadar obesiti dalam negara.
Pakar pemakanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan berkata, ini kerana menu tersebut dengan cara masakan yang sihat, kepelbagaian juadah disediakan, saiz dan kualiti hidangan disediakan dilihat sebagai ideal untuk kesihatan seseorang.
Menurutnya, kuantiti hidangan Menu Rahmah mengikut pinggan sihat Malaysia yang tidak berlebihan, tetapi cukup sebagai alas perut adalah satu contoh sajian yang sihat dan ideal.
Foto: Utusan
“Menu Rahmah adalah inisiatif bagus jika sajiannya lengkap bagi memenuhi tenaga dan zat harian yang mengandungi suku nasi, suku protein dan separuh sayur serta buah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia .
Namun beliau berkata, gaya pemakanan harian perlu diteliti secara menyeluruh jika mahu mencapai matlamat pengurangan obesiti walaupun Menu Rahmah diambil sebagai makan tengah hari dan malam.
Berdasarkan hasil kajian Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) yang dijalankan setiap empat tahun, kira-kira 50.1 peratus rakyat Malaysia mencatatkan berat badan berlebihan dengan 19.7 peratus daripada mereka menghadapi masalah obesiti pada 2019.
Ini bermakna satu dalam dua orang dewasa di negara ini menghadapi isu berlebihan berat badan manakala bagi kanak-kanak pula, 30 peratus daripada mereka berusia lima hingga 13 tahun menghadapi masalah obesiti.
Roslee memberitahu, Malaysia kini mencatatkan masalah obesiti tertinggi di Asia Tenggara.
Jelasnya, walaupun seseorang itu menjaga diet utama, tetapi kualiti makanan yang diambil sebagai snek pada waktu pagi atau petang mengandungi kandungan kalori daripada gula dan lemak sangat tinggi, akan memberi kesan terhadap berat badan seseorang.
Tambah beliau, sebaiknya Menu Rahmah mematuhi cara masakan sihat yang memenuhi zat harian seperti mineral dan vitamin dengan mempelbagaikan jenis hidangan di samping memastikan jumlah dan kepelbagaian sayuran bagi keperluan zat individu.
“Air manis yang dihidangkan sekali dalam sesetengah Menu Rahmah mungkin boleh digantikan dengan buah-buahan, menambahkan jumlah sayuran atau mempertimbangkan susu bagi kanak-kanak.
“Hal ini kerana, kunci utama mengawal obesiti adalah memfokuskan kuantiti dan kualiti makanan dalam sehari secara keseluruhan, bukan fokus pada satu sajian sahaja” jelasnya.-CARI
Post time 15-2-2023 09:41 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by ninja boy at 15-2-2023 09:44 AM
gemuk sbb x bersenam, x bersenam sebab masa terhad, 10 jam utk bekerja dan 3 jam hadap jem jalanraya. Yg selalu bersenam ialah bos2 yg kerja 2-5 jam sehari, tukang kebun tukang sapu sampah yg berpeluh2. Bersenam waktu malam ada pulak mati mengejut. Waktu weekend jah senang bersenam
Bak kata anak jiran aku yg 3 tahun...bila kita membudayakheun sebutan basmallah ketika sebelum makan dan alhamdulillah sejurus selesai makan, 5 pinggan nasi pun at one go belum tentu gumukz...
makanan adalah penyumbang terbesar kepada obesiti. bersenam hanya menyumbang sebanyak 20% di dalam penurunan berat badan. bagi saya, mmg ada lojik dgn kenyataan Prof Madya.
ya, kurangkan makan sebenarnya. kawan i rajin main tenis ye, tapi sebelum ni makan mmg tak control. tetap susah nak turun berat badan. kalau turun sikit sangat. tapi lately ni bila dia kawal makan, yes..peratusan turun berat badan tu banyak. so dia maintain je bersukan. waktu makan mmg sederhana saja jumlah makan yg dia ambik.
Post time 15-2-2023 01:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by stingerpressor at 15-2-2023 01:39 PM
noor2 replied at 15-2-2023 11:43 AM
Yg semekin2 tu sama je tahap gemok + masalah kesihatan dgn yg bnyk duit yg kuat mentekedarah
Tambah anak jiran aku yg 3 tahun.....kesederhanaan iteww juga adaler antara ciri ciri kesempurnaan...
Ko makan sikit ...bersenam nyer taksub over the top...tak kira waktu serta cuaca...sebab mindset ko dah set kerana takutz gumukz ..sedangkheun belum tentu ko yg tak gumukz tak berpenyakit dan kaka rosikinky yg cutie chubby iteww berpenyakit walau makannya.....meriah....doa makannya tak pernah lupa...sedangkheun ko....dah separuh jln makan baru ingat....kerap sangat