View: 1084|Reply: 10
|
Terpaksa Tinggal Di Kereta, Taman, Kedai Terbiar - Hilang Rumah Dan Keluarga, Mangsa Gempa Bumi Turkiye Menderita
[Copy link]
|
|
Terpaksa menahan kesejukan melampau ketika berlindung di dalam kereta, pondok bas dan ada yang memilih sekitar laluan kedai terbiar sebagai tempat berteduh.
Itu nasib ribuan keluarga yang menjadi mangsa gempa bumi di selatan Turkiye pada 6 Februari lalu
Pengerusi Pertubuhan Tumbuh Insan (Tumbuh), Imran Zaki berkata, ramai mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat kemusnahan dan keruntuhan bangunan yang berlaku.
 Foto: Tumbuh
Imran turut menggambarkan keadaan gempa bumi di Turkiye dan Syria itu seperti suasana ketika berperang kerana seluruh bandar berdebu dan berduka.
“Untuk memahami kawasan gempa bumi di sini, macam kawasan perang. Runtuhan bangunan, keadaan suram dan sunyi, mangsa mengalami emosi tak stabil dan terkejut.
“Ramai kehilangan keluarga dan tempat tinggal dalam satu malam,” katanya kepada Kosmo!
Bercerita lanjut, Imran yang kini sedang menjalankan misi bantuan kemanusiaan di Turkiye berkata, pasukannya berpeluang melawat bandar Antakya yang merupakan salah satu tempat paling teruk terjejas susulan gempa bumi tersebut.
“Runtuhan dilihat di merata tempat. Kerja-kerja pencarian masih dijalankan. Jenazah yang ditemui dalam runtuhan akan dibawa ke tempat tertentu.
“Kami bergerak ke merata tempat. Melihat bagaimana mangsa-mangsa tinggal di khemah, ada juga yang tinggal di kereta, depan kedai terbiar, kawasan taman, stesen bas atau ada yang sudah bergerak meninggalkan negeri ini menuju negeri terdekat yang lebih selamat,” ujarnya. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi wainna ilaihi rojiun
Semoga urusan mereka dipermudahkan... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau macam ni. sekolah pun rosak jugak kan? … nak pergi kerja pun tak boleh.
Lebih teruk drp cerita survival family japan |
|
|
|
|
|
|
|
kerajaan turki mcm lembab je. |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong: kalau macam ni. sekolah pun rosak jugak kan? … nak pergi kerja pun tak boleh. Lebih teruk drp cerita survival family japan
kalau bende ni berlaku kat malaysia . rumah tu dapat balik ke atau kira burn terus ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 14-2-2023 02:02 PM
Jika semua ahli keluarga mati, duit dlm bank byk ka sikit ka akan disonglap bank dan gomen ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
teringat masa pegi Aceh dulu, dorang cerita keadaan pasca tsunami mcm mana. lebih kurang mcm ni la keadaanya. hati tu x keruan, ketakukan, sedih dgn kehilangan ahli keluarga
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan lembap...tp kerosakan terlalu besar. aku folo ig farahlee, sukrelawan sana kata ape yg kita nmpak tu baru cket, tp keadaan sebenar lagi dahsyat.skrg maybe focus nk cari mayat, sediakan mknn utk mangsa terselamat & tmpt tidur yg selesa dr cuaca sejuk
moga mereka diberi kekuatan, kesabaran dan ketahanan mental dgn ujian ini
|
|
|
|
|
|
|
|
betul tu. aku follow retis turki. dari hri kejadian semua pakat bantu. Ig stories semua update pasal bantuan dan cari org hilang. produksi penggambaran semua dibatalkan, artis semua turun kat HQ bantuan.
dari update2 dorang, mmg nampak bantuan mmg mencurah2, tp untuk sampai ketempat kejadian memakan masa memandangkan kerosakan akibat gempa sangat2 teruk. level bantuan diperlukn pun warna merah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|