CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 345|Reply: 0

[Sarawak] Ubah industri kayu kepada produk komersial

[Copy link]
Post time 13-2-2023 10:59 PM | Show all posts |Read mode
Eksport perabot hanya RM44 juta atau 1.4% daripada RM3.1 bilion nilai eksport kayu, produk kayu Sarawak Januari-September 2022



Abang Johari (kiri) melihat hasil reka bentuk yang dipamerkan sempena Minggu Reka Bentuk Sarawak 2023 di BCCK. - Gambar Penerangan
KUCHING: Kerajaan Sarawak sangat serius untuk mengubah industri berasaskan kayunya kepada produk komersial yang boleh dieksport dalam pasaran, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Berucap merasmikan Minggu Reka Bentuk Sarawak 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini, Abang Johari berkata jumlah eksport kayu dan produk kayu Sarawak adalah RM3.1 bilion bagi tempoh Januari hingga September 2022.

Daripada jumlah ini katanya, eksport perabot mencatat hanya RM44 juta iaitu hanya 1.4 peratus daripada jumlah nilai eksport.

“Menjelang tahun 2030, kita menyasarkan untuk meningkatkan nilai eksport produk tambah nilai termasuk perabot kepada RM6 bilion atau 75 peratus daripada jumlah eksport kayu dan produk kayu bernilai RM8 bilion.

“Sekarang hanya RM44 juta dan dalam tempoh tujuh tahun ini adalah menjadi impian kita untuk menambah baik teknologi serta modal insan kreatif.

“Jika negara lain dapat transform, saya yakin pereka muda kita dalam industri rekaan perabot ini juga dapat melakukannya,” katanya.

Terdahulu Abang Johari berkata, Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dan Pusat Reka Bentuk Sarawak (SARADEC) cuba mengubah industri kayu negeri.

Sarawak katanya, tidak boleh pengeksport papan lapis sahaja tetapi mesti memberikan nilai kepada sumber yang ada termasuk sisa kayu.

Bagi tujuan itu katanya, kita perlu ada modal insan yang kreatif dan bekerjasama dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) serta Institut Teknologi Bandung (ITB) untuk melatih pereka muda Sarawak.

Kerajaan Sarawak katanya, juga memberikan insentif kepada perekanya yang berminat dalam produk kayu yang ada nilai pasaran.

Selain itu Kerajaan Sarawak katanya, merancang membangunkan Taman Perabot sendiri di mana semua pengusaha kecil dan sederhana (PKS) berasaskan kayu akan ditempatkan di taman ini.

Mengenai Minggu Reka Bentuk Sarawak 2023, Abang Johari berkata ia akan menjadi acara tahunan jika penganjuran julung kalinya ini berjaya bagi menarik pihak industri bertukar idea dan ilmu pengetahuan.

Pada majlis itu, Abang Johari turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara SARADEC dengan Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Kolej Komuniti Miri, Persatuan Kayu-Kayan Sarawak (STA) dan Persatuan Perabot Korea (KOFA).

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Pengerusi SARADEC Datuk Mohd Naroden Majais serta yang lain.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 4769 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.505754 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list