CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 328|Reply: 0

[Sarawak] Dua maut setelah tidak sedarkan diri dalam kapal

[Copy link]
Post time 13-2-2023 10:58 PM | Show all posts |Read mode


Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya semalam.
SIBU: Dua lelaki termasuk seorang warga asing meninggal dunia setelah tidak sedarkan dalam ruang bawah kapal di sebuah limbungan kapal di Jalan Bukit Lan, di sini semalam.

Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Kiam Ngit, 37, dan Dhananth Koviri, 23, yang berasal dari India.

Jurucakap Pusat Gerakan Bomba (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 10.30 pagi lalu menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah ke lokasi kejadian.

"Ketika tiba di lokasi, pasukan penyelamat mendapati kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri di dalam ruang bawah kapal.

"Pasukan penyelamat kemudian mengeluarkan mangsa dengan menggunakan khidmat jengkaut milik syarikat," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ujarnya, kedua-dua mangsa bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan sejurus dikeluarkan dari ruang bawah kapal terbabit.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tersebut tamat jam 1.18 tengah hari.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.307513 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list