CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 375|Reply: 0

[Sarawak] Lawatan PDU di Kuching, Samarahan, Kapit, Bintulu dan Miri, 15-23 Februari

[Copy link]
Post time 13-2-2023 10:54 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Lawatan Perkhidmatan Doktor Udara (PDU) akan diadakan di bahagian Kuching, Samarahan, Kapit, Bintulu dan Miri bermula 15 hingga 23 Februari 2023.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) dalam kenyataannya hari ini memaklumkan bagi bahagian Kuching, kawasan yang bakal dilawati PDU ialah Kampung Bojong Sting (pagi) dan Kampung Rejoi Nyegol (petang) pada 21 Februari (Selasa) manakala Kampung Muk Ayub (pagi) pada 22 Februari (Rabu).

Bagi Bahagian Samarahan pula, kawasan yang terlibat ialah Kampung Plaie Atas (pagi), Kampung Pendawan (petang) pada 16 Februari.

Pada 17 Februari PDU akan berada di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Tuba Tengah (pagi) manakala pada 20 Februari PDU akan berada di Muding (pagi) dan Kampung Ijok (petang).

JKNS berkata bagi bahagian Kapit PDU akan berada di Rumah Ai Anak Jalin, Sungai Entawau, Bena, Balleh pada 15 Februari (pagi).

Pada 16 Februari PDU akan berada di Long Unai (pagi) diikuti Sang Anau (pagi) dan Batu Keling (petang) pada 17 Februari.

Lawatan PDU di bahagian Kapit diteruskan ke Long Jawe (pagi) dan Long Kebuho (petang) pada 20 Februari diikuti kunjungan ke Long Tanyit (pagi) pada keesokannya (21 Februari).

Pada 22 Februari PDU akan berada di Punan Busang (pagi) dan Lusong Laku (petang). Pasukan itu meneruskan lawatan ke Long Kajang (pagi) dan Long Abit (petang) pada 23 Februari.

"Bagi bahagian Bintulu, PDU akan berada di Rumah Drick, Jelalong Tubau (pagi) dan Rumah Felix, Tubau (petang) pada 21 Februari, sebelum ke Rumah Robert, Ulu Kakus (pagi) dan Long Biyak, Ulu Kakus (petang) pada 22 Februari.

"Lawatan di Bintulu diteruskan pada 23 Februari iaitu ke Rumah Renang Sigu (pagi) dan Rumah Jaling, Sigu (petang)," tambahnya.

Di bahagian Miri pula, PDU akan ke Long Liau (pagi) pada 16 Februari diikuti Long Buken (pagi) pada 17 Februari dan Ba Pakan (pagi) pada 20 Februari.

Sehubungan itu, masyarakat yang tinggal di kawasan berkaitan diharap dapat menunggu di kediaman atau rumah panjang masing-masing bagi memberi laluan kepada PDU tersebut.

Sebarang pertanyaan, orang ramai khususnya di kawasan terbabit boleh menghubungi Ketua Penolong Pegawai Perubatan U42 di Cawangan Pembangunan Kesihatan Keluarga JKNS Junaidi Othman di talian 082-473200 (sambungan 296) atau 013-841 6735 untuk keterangan lanjut.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.049205 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list