CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 428|Reply: 0

[Sabah] Kerajaan perlu bantu peniaga kedai makan untuk galakkan pelaksanaan Menu Rahmah

[Copy link]
Post time 13-2-2023 10:48 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan perlu bantu peniaga kedai makan untuk galakkan pelaksanaan Menu Rahmah: David



TINJAU: David mengadakan tinjauan ke gerai-gerai makanan yang menjual makanan Menu Rahmah.

KOTA KINABALU: Persatuan Pengguna Pantai Barat Sabah mendedahkan mengenai kesukaran peniaga di lot-lot kedai sewaan mahal untuk melaksanakan kempen Menu Rahmah seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.

Presidennya, David Chan berkata, peniaga berkenaan bukan sahaja terbeban dengan kadar sewaan yang tinggi, malah terpaksa menampung kos gaji pekerja serta bahan mentah.

Menurut beliau, hasil tinjauan pihaknya mendapati usaha memperkenalkan Menu Rahmah lebih mudah dilaksanakan oleh gerai-gerai makan berbanding pengusaha restoran lot kedai bangunan.

"Bagi premis gerai biasa mereka tidak dibebani kos sewaan kedai yang mahal ditambah dengan kos gaji pekerja antara RM1,200 hingga RM1,500 seorang," katanya.

Beliau berkata, rata-rata peniaga yang ditemui menyatakan sokongan mereka untuk menjayakan program Menu Rahmah itu.
"Semua mahu menjayakan usaha kerajaan membantu orang miskin dan mereka gembira untuk turut serta," katanya.

Beliau berharap kerajaan dapat membantu golongan peniaga berkenaan seperti mengurangkan kadar sewa bagi premis di bangunan milik kerajaan.

"Insentif ini sekurang-kurangnya dapat memberi galakan kepada peniaga berkenaan untuk melaksanakan program Menu Rakyat. Jika peniaga membantu rakyat mengapa kerajaan atau pihak berkuasa tidak boleh membantu peniaga pula," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.340815 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list