Rupa paras tidak sepadan membuat wanita dan tunangnya menjadi perhatian netizen di Indonesia.
Wolipop dipetik Kosmo melaporkan, wanita dikenali sebagai Arum Puspitasari yang sedang menjalani sesi fotografi praperkahwinan bersama tunangnya, lengkap berpakaian pengantin mengikut adat masyarakat Jawa.
Bagaimanapun, Arum yang disifatkan sebagai seorang wanita jelita dan berkulit putih, tidak sesuai dengan tunangnya, Makruf, 24, yang berkulit hitam manis.
 Arum mengingatkan netizen agar tidak menghakimi Makruf hanya daripada penampilan fizikal. - Arum Puspitasari
Wanita berusia 26 tahun itu ketika disoal Wolipop mengakui tidak menyangka akan menjadi tular kerana rakaman praperkahwinan itu berlangsung pada 26 Disember tahun lalu.
“Hal seperti itu sudah biasa, bahkan orang di sekeliling kita juga banyak yang begitu. Namun, kita perlu menganggapnya sebagai perkara biasa sahaja,” katanya.
Wanita itu turut mengingatkan netizen agar tidak menghakimi Makruf berdasarkan penampilan fizikal semata-mata. Menurutnya, tunangnya itu merupakan seorang lelaki yang baik hati. - CARI |