CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 311|Reply: 0

Jepun Nak Guna Pejabat Pos Untuk Simpan Bekalan Barangan Kecemasan Hadapi Bencana

[Copy link]
Post time 13-2-2023 06:56 PM | Show all posts |Read mode
Cadangan menggunakan pejabat pos sebagai tempat menyimpan bekalan barangan kecemasan seperti makanan, air dan peralatan tempat tidur untuk penghantaran ke kawasan pemindahan sekiranya berlaku bencana, sedang dipertimbangkan kerajaan Jepun.


Menerusi cadangan yang dilaporkan Kyodo News, pejabat pos akan digunakan sebagai gudang penyimpanan bekalan bantuan bencana serta menggunakan kenderaan agensi itu untuk menghantar bekalan ke tempat yang memerlukan.




Kyodo




Jepun yang kini berdepan krisis kadar kelahiran rendah, mahu memanfaatkan rangkaian luas khidmat penghantaran pejabat pos di seluruh negara itu yang operasinya turut meliputi kawasan terpencil.


Menurut Bernama, terdapat kira 24,000 pejabat pos di negara matahari terbit itu, namun hanya pejabat pos Sagamihara di Wilayah Kanagawa, bersempadan Tokyo, menandatangani perjanjian dengan kerajaan tempatan pada 2021 untuk menggunakan rangkaian penghantarannya bagi mengangkut bekalan bantuan ke pusat pemindahan serta lokasi lain.


Difahamkan, kerajaan mahu menggalakkan pejabat pos Sagamihara berkongsi pengetahuan dengan pejabat pos dan majlis perbandaran lain mulai April ini bagi meningkatkan respons bencana.


Justeru, kabinet turut mempertimbang cadangan untuk pejabat pos menyalur maklumat status kediaman kepada kerajaan tempatan untuk mengesahkan keselamatan orang ramai sekiranya berlaku bencana. - CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.700364 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list