CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 580|Reply: 2

Gasar Dan Tidak Bertamadun, Polis Dikecam Libas Suspek Curi Harta Mangsa Gempa Bumi Dengan Tali Pinggang

[Copy link]
Post time 13-2-2023 06:04 PM | Show all posts |Read mode
ANKARA  – Tindakan anggota polis membelasah suspek kes kecurian ketika Turkiye bergelut dengan bencana gempa bumi mendapat kecaman pengguna media sosial dengan ada yang menyifatkan aksi mereka sebagai ‘gasar dan tidak bertamadun’, lapor akhbar Daily Star.


Dalam klip video yang  tular di laman Twitter, sebilangan lelaki dipercayai anggota polis,  dilihat memukul beberapa individu menggunakan tali pinggang.


Dua daripada lelaki yang dibelasah itu hanya memakai seluar dalam,  manakala seorang lagi  hanya memakai pakaian dari paras pinggang ke bawah ketika mereka berulang kali dibelasah dengan tali pinggang.


Foto: Twitter




Ketiga-tiga mereka  meraung kesakitan dan merayu agar tindakan itu dihentikan.


“Gempa bumi di Turkiye menyebabkan penduduk setempat cuba merompak kedai ketika ketiadaan pihak berkuasa dan polis,” demikian menurut laman berita Noel yang memuat naik video tersebut.


Turkiye kini  bergelut untuk mencari mangsa-mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan selepas gempa bumi kuat melanda pada 6 Februari lalu.


Seorang lelaki berusia 26 tahun yang mencari rakan sekerjanya di tengah-tengah runtuhan bangunan di Antakya memberitahu agensi berita Reuters: “ Orang ramai memecahkan tingkap dan pagar kedai serta kereta.”


Selain kes kecurian, pertempuran antara kumpulan bersenjata dilaporkan berlaku di beberapa kawasan ketika ketegangan meningkat berikutan bekalan makanan yang tidak mencukupi.


Seorang jurucakap tentera Austria yang membantu menyampaikan bekalan makanan  kepada mangsa gempa berkata, pertempuran berlaku antara beberapa kumpulan di wilayah Hatay sekali gus memaksa operasi menyelamat dihentikan berikutan ancaman keselamatan. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2023 07:52 AM | Show all posts
org2 area sana majoriti mmg barbaric pon
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 08:45 AM | Show all posts
mmg kasar pon dem lah ko baru tau ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.216245 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list