CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2310|Reply: 5

Fatin Afeefa 'MEMBIAWAK' kan ex husband?

[Copy link]
Post time 13-2-2023 04:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Raline at 13-2-2023 04:35 PM

Dah penat tanggung biawak hidup, Fatin Afeefa mahu dijaga suami



Baru-baru ini, pelakon Fatin Afeefa seakan memberi bayangan mengenai kehidupan lalunya bersama seseorang dimana dia telah banyak berkorban dalam menanggung kehidupan keluarganya.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, kelihatan pelakon yang berusia 28 tahun itu sedang membuat siaran secara langsung bersama para pengikutnya di aplikasi tersebut.

VIDEO:
https://www.tiktok.com/@babes_faa/video/7199249083511344410?referer_url=ohmymedia.cc%2Fsaya-dah-penat-tanggung-biawak-hidup-fatin-afeefa-tuju-bekas-suami%3Futm_source%3Dfb_page%26utm_campaign%3Dpubler%26utm_medium%3DOh%2520My%2520Media%26fbclid%3DIwAR2S2qKNIBluYUfyWg4dQxkNSp3z7z9y_ge1mLbG6m_jEmd1nxVKVWG5fuc&refer=embed&embed_source=121331973%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_blank&referer_video_id=7199249083511344410

Dalam video yang berdurasi pendek itu, Fatin Afeefa seakan meluahkan perasaan dengan mendedahkan dia sudah penat menanggung ‘biawak hidup’ pada suatu ketika dahulu.

Bagi pelakon kelahiran Kuala Lumpur itu, dia mahu suaminya yang baru sahaja berkahwin pada Disember lalu menguruskan segala keperluannya sebagai seorang isteri.



“Saya dah penat lah tanggung biawak hidup, biarlah biawak pula tanggung saya. Saya je asyik tanggung biawak hidup.
“Dulu saya dah dengar cakap korang, saya dah dengar dah. Kita ni kahwin jangan ingat lelaki kaya ni, saya dah dengar cakap korang.
“Saya bela biawak, sekarang ni saya nak biawak yang bela saya. Biar je dia. Nanti korang faham lah, mencintai biawak tak akan boleh beri makan kepada anak-anak dan anda. Tapi suami saya baik je,” ujarnya.




Netizen setuju pendapat Fatin
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Fatin kerana seorang suami yang sepatutnya memenuhi segala kehendak dan keperluan seorang isteri.



Netizen terhibur!

Bukan itu sahaja, ramai turut terhibur dengan seloroh Fatin Afeefa yang menggelarkan suaminya yang juga merupakan seorang jutawan sebagai seekor biawak.



Sekadar info, Fatin Afeefa selamat bergelar isteri kepada usahawan Aliff Awang pada 30 Disember dan pernikahan yang mengejutkan ramai itu selamat melangsungkan di Putra Glass Hall, Subang Jaya, Selangor.

Untuk rekod, Fatin pernah berkahwin dengan aktor Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai empat tahun selepas itu.




Sumber: TikTok @babes_faa
https://ohmymedia.cc/saya-dah-pe ... 6m_jEmd1nxVKVWG5fuc


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2023 04:36 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 06:06 PM | Show all posts
bagus prinsip dia. hensem, muda pun kalau tak berduit tak guna, bini kena tunggang langgang sama carik duit untuk cukupkan expenses. balik rumah kena jadi bibik lagi untuk laki

dah memang itu yang dikejarnya, biarkanlah dia. tk perlu nak overanalyze hubungan dua ekor ni. they deserve each other
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 04:01 PM | Show all posts
ada betul nya apa dia ckp. cinta xle beli gula beras kat kedai... bak kata kak semah, kita nangis kt dlm bentley xpa jgn menangis kek belakang basikal.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa muka laki dia cam syed saddik LOL
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus lah dah ditanggung biawak. Cuma jiwamu kali ini kena lebih kental, kuat dan tuli sebab biawakmu yang terkini terlebih poyo abadi. Sabar yer
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.045273 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list