CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1365|Reply: 11

'Saya Sendiri Kagum Dengan Persembahan Naim, Tapi Ia Berbalik Kepada Rezeki' - Shiha Zikir

[Copy link]
Post time 13-2-2023 09:55 AM | Show all posts |Read mode
“Saya sendiri kagum dengan persembahan Naim. Sewaktu dia praktis ketika sesi latihan, saya cakap, gempaknya persembahan dia! Nak menyanyi sambil terbalik bukan mudah, lebih-lebih lagi menyampaikan lagu balada."


Shiha Zikir yang tidak menyangka membawa pulang trofi Persembahan Terbaik bersama wang tunai RM12,000 menerusi lagu Irama di Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37) yang berlangsung malam tadi, mengakui berhabis lebih RM100,000 untuk merealisasikan Irama dengan elemen limpahan cahaya laser, warna-warna neon serta ‘glow in the dark’.




IG




“Syukur Alhamdulillah. Kalau sebut mengenai undian, memang saya tak jangkakan. Tapi apabila bercakap soal persembahan, saya memang percayakan team saya dengan idea dan konsep serta pelaksanaan persembahan sehingga Irama menjadi kenyataan.


“Saya berhabis lebih RM100,000 dan elemen yang paling mahal dalam persembahan saya adalah lampu laser. Syarikat saya, Shiha Zikir Empire, Todak Music dan Alternate Record membahagikan kos ini. Biarpun pasti ada yang katakan pelaburan lebih RM100,000 tak setimpal dengan hadiah kemenangan bernilai RM12,000 tapi saya rasa puas kerana ini adalah minat saya,” katanya kepada Xtra.


Dia juga mempunyai pandangan sendiri apabila sesetengah peminat mempertikaikan persembahannya dengan mendakwa persembahan ‘terbalik’ Naim Daniel menerusi lagu Mainan lebih layak diangkat sebagai persembahan terbaik.


“Dalam pendapat saya sendiri, jika masuk bertanding, pastinya semua orang nak menang. Jika saya masuk pun, sudah tentu saya mahukan kemenangan. Tapi sebelum ini, saya sudah sertai banyak program dan pertandingan, jika ada orang lain menang, saya takkan menyalahkan sesiapa jika saya kalah.


“Saya berharap kepada mereka yang mempertikaikan, kena ada kepercayaan kepada juri dan keputusan yang telah ditetapkan. Sudah tentu juri lebih arif dan profesional. Saya sendiri tak layak komen mengenai kemenangan kerana juri sahaja yang tahu sebab mereka memilih pemenang.


“Jika bercakap mengenai undian, lagilah saya tak yakin saya boleh menang. Sekiranya ia melibatkan undian, ramai lagi artis lain mempunyai sokongan peminat yang kuat. Jadi, apa yang saya boleh buat adalah percaya kepada rezeki. Orang yang mengundi pun boleh nampak usaha yang diletakkan dan mereka yang mengundi mesti tahu mengenai persembahan,” katanya.




IG




Tambahnya, dia pasti semua peserta sudah melakukan sehabis baik, lebih-lebih lagi Naim.


"ertama kali saya lihat ada penyanyi menyanyi terbalik. Apa pun ia berbalik kepada rezeki," ujarnya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2023 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka naim’s performance. Walaupun a bit mcm music video tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Naim lebih layak. Out of box. Ingat club nizer shiha dah terkubur.. baik tak payah vote2 untuk persembahan ni.. yg creative tak dpt.. fan yg rajin buat kerja yg dpt
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
awat shiha nampak cam power rangers
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
kemenangan yg tidak direstui ke ni

ala2 keliru gitu
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 11:41 AM | Show all posts
Baju tu buat shiha nampak gempal padahal slim kecik je orangnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2023 11:44 AM | Show all posts
xpe lahh anggap jer rejeki pd kaka shiha.. yaa mmg, iols tgk pun aiyooo kagum, nk tahan air liur lagi.. fuhh nafas lagi, camne lak praktis tu, boleh pening kot darah semua turun ke otak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 11:48 AM | Show all posts
xde yg vote si Naim tu yg xmenang,..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2023 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang dari dulu AJL kena keluar duit sendiri ker ....atau ade limit budget...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 12:08 PM | Show all posts
pya struggle nyanyi tebalik mcm tu
mau semput
tp naim ni relaks je sedap sore heols
nak buat cmne rezeki bkn utk dia mlm tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
lepas ni retis mana pulak nak ngaku berhabis 500k untuk persembahan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
saya antara yg setuju naim x menang...hahaha...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.045048 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list