CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3462|Reply: 31

Koperasi Sekolah Jual Benda Yang Bukan-Bukan, Duit Belanja Anak Habis Beli Barang Tak Guna

[Copy link]
Post time 13-2-2023 09:55 AM | Show all posts |Read mode
Luahn pembaca seperti dipetik daripada Kosmo.


Saudara pengarang,


Saya seorang bapa kepada dua orang anak perempuan yang masing-masing berusia 7 dan 12 tahun iaitu darjah satu dan enam.


Duit belanja yang dibekalkan adalah sebanyak RM6 seorang untuk mereka berbelanja apa sahaja yang mereka perlukan sepanjang berada di sekolah.


Saban hari si adik akan bawa pulang mainan kecil, keychain, sticker kartun serta barang-barang lain yang dibelinya di koperasi sekolah yang kebiasaannya dijual di kedai-kedai pada harga RM2.40.


Gambar Hiasan: Harian Metro




Sikap anak bongsu saya biasanya dia akan bercerita mengenai harga serta barang apa yang dibelinya setiap hari.


Secara jujurnya, saya agak terkejut dengan barang-barang yang dijual di koperasi sekolah, persoalannya adakah ini keperluan kepada murid untuk belajar?


Harga yang dijual juga agak mahal, pelekat berkartun yang nipis dijual pada harga RM1 sekeping dan mainan-mainan kecil boleh mencecah RM4.


Sikap budak kecil tentunya suka akan barangan seperti ini, ditambah pula tiada ibu bapa bersama mereka ketika berbelanja.


Saya berharap agar ada pihak pemantau untuk melihat barangan jualan di setiap sekolah terutamanya sekolah rendah.


Jangan dijadikan untung sahaja sebagai misi utama koperasi sekolah, tetapi perlu fikir apa yang perlu dan tidak perlu dijual untuk murid-murid.


BAPA MISALI
Lembah Pantai


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2023 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Bapak ni komplen kat siapa?
Komplen la kat PIBG & sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 10:11 AM | Show all posts
zaman aku dulu, duit belanja singgit ja. pandai2 la hidup walaupun harga makanan mahal. roti kat kantin, RM1.20. nasib baik waktu tu, kedai runcit ada roti 20 sen, 50 sen. dapat la beli bawak bekal

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 10:12 AM | Show all posts
elok juga bapa ni komplen kat public, bagi kementerian pendidikan tahu
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 10:27 AM | Show all posts
ada jual lato lato tak?? mahal tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 10:45 AM | Show all posts
happened to my anak sedara. balik rumah je, ada la benda-benda ntah apa-apa yang dibeli dari koperasi. mak bapak dah penat komplen dalam whatsapp grup.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2023 11:03 AM | Show all posts
anak aku bawak bekal hari2 & aku hanya bagi rm1 je utk dia itu pun aku ingatkan kalau aku tahu dia beli merapu "siap!". sebab nya kalau ada duit dlm tangan dia mula la tak senang hati selagi tak habis kan duit tu so mula la dia merapu di kedai buku.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Habis mintak duit pibg susah. Bukak la koperasi. Koman2 ada juga sumbangan korg kt situ kan. Haha.. 6 ringgit tu byk ko bg anak ko bang. Lain la ko bg 2 ringgit je baru la dia pikir pnjg nak beli mkn ke brg koperasi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2023 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni aku setuju.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kata dah. Jual ler, licorice candy ke, honey stick, string cheese, yogurt stick apa2 yg menariks & sihat. Akai takdak
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 12:00 PM | Show all posts
complaint pd pibg @ pihak skolah pun x guna...no actions
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akies at 13-2-2023 12:13 PM

Anak iols pengawas bertugas kt kedai koperasi/buku..dia akan tanya adik2 tahun 1 ni nak beli apa..
Kalau beli marker pen ka benda-benda merapu dia tk bagi ,
kalu beli alatulis macam pemadam ka pensil ka..ok
Giteww
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 12:13 PM | Show all posts
Nasib baik anak aku x minat benda2 tu. Duit pun bg utk cukup mkn
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 12:56 PM | Show all posts
me pernah komplen kat pibg n pihak sekolah hal ni. diorang cakap, mereka pun nak cari rezeki lebih, so me pun krik krik juga.

lepas tu, budak darjah 1 beli pen merah, biru..tak boleh ke tolak permintaan bebudak ni? mana ada budak darjah 1 guna pen masa belajar dalam kelas? kalau cikgu yg pesan, suruh dia panggil cikgu tu berjalan ke bookshop untuk beli.

sticker, buku kaler, buku nota kecil yg menarik attract bebudak ni memang cepat laku.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Nsb anak aku SJKC..X de jual benda2 merapu ni..ade jual susu kotak .1 kotak rm2.. anak aku ckp mahaii...lps blk sekolah agama ajak p kedai eco bl susu kotak..aku pulak ckp susu kotak yg kecik tu murah kat speedmart...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu sekolah anak aku (international school) buat sistem pakai kupon. Satu peket kupon ( ada banyak) RM 30. Masa tu anak aku kecik lagi. Aku belikan dia kupon, dia belanja satu kelas. Haha. Satu hari RM 30 habis. Lepas kena komplen, terus sekolah berhentikan sistem kupon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2023 03:11 PM | Show all posts
cikatilia replied at 13-2-2023 10:27 AM
ada jual lato lato tak?? mahal tu

ntahnye lato2 tu awat mahal? bola dua bijik camtu je kut.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 03:29 PM | Show all posts
Edited by dekmieDandy at 13-2-2023 03:30 PM

waktu sekolah dulu, aku ni antara yang suka menyemak kat coop ni

tapi tak beli pun, kalau nak beli tetap tunggu outing
tapi coop sekolah aku dulu menjadi jugak lar

bila habes sekolah, semua dapat balik duit investment mula-mula masuk sekolah dulu + untung sikit
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 03:41 PM | Show all posts
Pengetua letak KPI koperasi kena buat keuntungan berlipat kali ganda kot… gi report kat pengetua la
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 03:49 PM | Show all posts
lepas ni buat skola kt sblh shopping mall, senang
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.069717 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list