View: 702|Reply: 2
|
Enggan Kenang Kejadian Pahit Zakar Beku, Pemain Ski Finland Buat ‘Comeback’
[Copy link]
|
|
Selepas setahun berdepan kejadian pahit mengalami kejadian zakar beku ketika Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, pemain ski Finland membuat kemunculan semula.
Jika Remi Lindholm sebelum ini menjadi tajuk utama dengan nasib malangnya itu, kini persembahannya di gelanggang ais pula kembali diperkatakan.
 IG
Enggan mengenang kejadian memalukan itu, Lindholm tampil dengan aksi cemerlang, dengan memperoleh kemenangan menakjubkan pada kejohanan ski 15 kilometer (km) bulan lepas, lapor mStar yang memetik Daily Star.
Tahun lalu, Remi dilaporkan mengalami kesakitan selepas zakarnya membeku akibat cuaca sejuk ketika perlawanan memasuki jarak 50 km, dalam suhu -17 darjah Celcius di ibu negara China.
Walaupun bergelut melawan kesakitan dalam keadaan angin kencang, Lindholm berjaya melepasi garisan penamat di kedudukan ke-28. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
habis beberd kena ptong ke lepas beku? |
|
|
|
|
|
|
| |
|