CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 311|Reply: 0

[Sabah] Lelaki warga asing terjun laut ditemukan lemas

[Copy link]
Post time 12-2-2023 03:22 PM | Show all posts |Read mode


OPERASI: Pasukan Bomba menjalankan operasi SAR di sekitar laut kampung tersebut.
SANDAKAN: Seorang lelaki warga asing yang dilaporkan terjun ke laut di Kampung Pukat Pasir Putih, di sini ditemukan lemas, malam tadi.

Mangsa berumur 18 tahun itu ditemukan oleh rakan sekerjanya tidak jauh dari lokasi mangsa dipercayai terjun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Nor Azizi Che Noh berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu pada jam 9.48 malam.

Katanya, mangsa ditemukan terapung oleh rakan sekerjanya dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, sebelum dihantar ke Hospital bagi proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Semalam, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan pasukan penyelamat selepas seorang lelaki warga asing dikhuatiri lemas di laut Kampung Pukat Pasir Putih.

Lelaki terbabit dipercayai melarikan diri daripada polis dan terjun laut selepas berlaku pergaduhan antara dia dengan rakannya.

Operasi SAR dijalankan  pasukan Bomba, Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.048540 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list