CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 313|Reply: 0

[Sarawak] Dua lelaki tempatan dicekup, cuba seludup warga asing tanpa dokumen

[Copy link]
Post time 12-2-2023 03:17 PM | Show all posts |Read mode


Pemeriksaan dilakukan oleh pasukan PGA.
SERIAN: Cubaan dua lelaki tempatan menyeludup masuk dua lelaki warga asing tanpa dokumen perjalanan yang sah berjaya digagalkan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 11 pada 9 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata, kedua-dua suspek yang menaiki dua kereta ditahan untuk pemeriksaan tidak jauh dari Kampung Sungai Paoh.
Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek masing-masing membawa seorang penumpang warga asing.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua warga asing terbabit tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan yang sah.

"Seterusnya pihak PGA bertindak menahan kedua-dua lelaki tempatan terbabit yang berusia 30 dan 39 tahun kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta ATIPSOM 2007," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Manakala dua lelaki warga asing terbabit turut ditahan untuk siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)  Akta Imigresen 1959/63.

"Polis menasihatkan masyarakat agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti membawa masuk warga asing kerana ini dikhuatiri akan mengundang pelbagai masalah sosial serta penyakit," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.377718 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list