CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 297|Reply: 0

[Sarawak] Gangguan bekalan air dijangka berterusan hingga hari ini

[Copy link]
Post time 12-2-2023 03:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 12-2-2023 07:10 AM

KUCHING: Pengguna di sepanjang kawasan Jalan Sultan Tengah, Bandar Baharu Samariang, Kampung Rampangi dan seterusnya kawasan sekitar menuju ke Santubong dijangka mengalami gangguan bekalan air berterusan hingga esok.

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak menerusi makluman di Facebooknya hari ini berkata gangguan ini disebabkan kerja-kerja baik pulih pada kerosakan injap malam semalam yang berdepan beberapa isu teknikal dan akan diteruskan ke esok.

“Pihak kami memohon maaf kepada para pengguna atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada gangguan bekalan air ini,” katanya.

Dalam pada itu, pihak JBALB akan terus mengaktifkan Pusat Pengumpulan Air Bersepadu di beberapa kawasan strategik bagi memudahkan para pengguna terus mendapatkan bekalan air bersih.

Lokasi terlibat ialah Mr. DIY Samariang, Fasa 1 Surau BB Samariang, Masjid Samariang Aman, Taman Putri, Taman Family Park, Rampangi, Pasir Pandak, Sungai Lumut, Buntal dan Sri Permai.

JBALB dengan kerjasama erat Lembaga Air Kuching (LAK) juga akan meningkatkan kapasiti penghantaran bekalan air menggunakan lori tangki hari ini sehingga bekalan air kembali pulih seperti biasa.

Sebarang aduan dan pertanyaan sila hubungi pusat panggilan JBALB di talian 082-262211.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 12883 Replies : 3
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.049536 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list