CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 697|Reply: 1

Polis Tahan Peniaga Berparang Mengamuk Rosakkan Kereta Keluarga Teman Wanita

[Copy link]
Post time 11-2-2023 03:23 PM | Show all posts |Read mode
Seorang peniaga mengamuk menggunakan sebilah parang ditahan polis.


Lelaki berkenaan dilaporkan mengamuk di hadapan sebuah rumah sehingga merosakkan sebuah kereta milik keluarga teman wanitanya di Kampung Cheras Baru, jam 2 petang kelmarin.




Gambar hiasan




Difahamkan, sebelum kejadian, suspek berusia 40 tahun itu bertengkar dengan bekas isterinya setelah didatangi wanita berkenaan bersama ibu teman wanitanya di rumah berkenaan bagi mencari teman wanitanya.


Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak, lelaki berkenaan kemudian mengeluarkan parang dan memecahkan cermin hadapan kereta milik keluarga teman wanitanya dan mematahkan tempat pemegang pintu sebelah pemandu.


“Lelaki itu juga didakwa mengugut mahu membunuh emak dan seorang lagi ahli keluarga teman wanitanya,” katanya, dalam kenyataan, semalam.


Polis ke tempat kejadian sebaik menerima laporan dan menahan lelaki berkenaan jam 3.30 petang.


Ketika ditahan, polis turut merampas sebilah parang berukuran lebih 64 sentimeter dipercayai dijadikan senjata dalam kejadian itu.


Hasil ujian air kencing dijalankan mendapati suspek positif methamphetamin dan amphetamine.


Ssupek yang turut mempunyai satu rekod jenayah berkait dadah kini direman empat hari bermula sehingga 13 Feb depan.


Kes disiasat mengikut Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah yang mendatangkan ketakutan dan perbuatan khianat atas harta benda.  - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2023 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaki dadih, penah kawin then dah bercerai, panas baran, nak bunuh mak gf dan sedara gf, rosakkan kereta family gf, keluarkan parang utk takutkan ex bini dan family gf, ada record jenayah, PUNNNNN ada betina yg nak buat dia jadi bf?????????
Terdesak nya kau kaaaaaakkkkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.049141 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list