View: 1079|Reply: 6
|
Saintis Keliru Dan Terkejut, Matahari Hilang Awannya
[Copy link]
|
|
WASHINGTON – Saintis-saintis keliru menyaksikan filamen gergasi plasma ‘terputus’ di Kutub Utara Matahari yang dirakam oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dalam peristiwa yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
MailOnline melaporkan, rakaman itu menunjukkan filamen gergasi plasma atau gas berelektrik terpercik keluar dari Matahari, terpisah dan kemudian beredar dalam pusaran besar kutubnya.
Walaupun ahli-ahli astronomi keliru, mereka membuat spekulasi bahawa penonjolan itu ada kaitan dengan pembalikan medan magnet Matahari yang berlaku sekali bagi setiap kitaran suria.
 Foto: Twitter
Video itu dikongsi di laman Twitter oleh peramal cuaca angkasa lepas, Tamitha Skov yang berkata, klip video tersebut diambil daripada Balai Cerap Dinamik Suria milik NASA.
“Bercakap tentang pusaran kutub! Bahan dari bahagian utara (Matahari) baru sahaja terputus dari filamen utama dan kini beredar dalam pusaran kutub besar di sekitar kutub utara bintang kita,” ciapnya.
NASA menggambarkan bahawa filamen suria sebagai awan zarah bercas yang terapung di atas Matahari selain ditambat padanya oleh daya magnet. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
matahari bangunlah
indahkan hari ini
gey thohh!!
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 10-2-2023 04:37 PM
matahari bangunlah
indahkan hari ini
On a day like today
the whole world could change
the sun's gonna shine
shine thru the rain
on a day like today
ya never wanna see the sun go down
ya never wanna see the sun go down
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam artikel omputih manade tulis ahli-ahli astronomi keliru.
Memandai jer wartawan nehh. |
|
|
|
|
|
|
|
msti sebab climate change dan carbon footprint  |
|
|
|
|
|
|
| |
|