CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 350|Reply: 0

Datuk Seri Tak Mengaku Guna Invois Palsu

[Copy link]
Post time 10-2-2023 03:45 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pengarah syarikat perumahan bergelar Datuk Seri yang didakwa menggunakan invois palsu tiga tahun lalu mengaku tidak bersalah.


Chin Kok Foong, 46, membuat pengakuan itu di Mahkamah Majistret di sini hari ini


Mengikut pertuduhan, dia menggunakan invois palsu bertarikh 28 September 2019 dan 5 Mei 2020 milik sebuah syarikat di sebuah premis di Jalan Stesen Sentral 2, di sini pada awal Oktober 2020.








Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 468 kanun sama hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.


Terdahulu semasa prosiding, Pegawai Pendakwa Asisten Superitendan P. Nom Phot tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh.


Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam, Wan Muhd. Ariff Ameer Wan Normazlan merayu agar anak guamnya diberikan ikat jamin pada kadar yang rendah.


“Tertuduh perlu menjaga bapa, isteri dan dua anak yang masing-masing berusia 14 dan 15 tahun. Sepanjang siasatan dilakukan tertuduh turut memberikan kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa,” katanya.


Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Majistret Nadia Othman membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Mac ini untuk sebutan kes.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.044737 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list