CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 809|Reply: 2

Sophia Albarakbah Dan Aliff Aziz Beri Komitmen Jitu Sepanjang Penggambaran

[Copy link]
Post time 10-2-2023 03:41 PM | Show all posts |Read mode
Rentetan kontroversi yang melanda Aliff Aziz dan Sopia Albarakbah, Osman Ali berharap isu terbabit tidak dipanjangkan memandangkan penggambaran masih berjalan ketika ini.


Osman berpendapat kedua-dua pelakon utamanya iaitu Sophia Albarakbah dan Aliff Aziz memberikan komitmen jitu sepanjang penggambaran.




Foto: IG




"Saya berharap isu ini tidak diperbesarkan dan dipanjangkan kerana risau akan mengganggu perjalanan kerja. Memang tidak dinafikan, mereka juga memberikan komitmen yang tinggi dan bekerja keras menjayakan amanah yang diberi.


"Saya tidak mahu timbulkan perbalahan. Saya sudah jumpa mereka berdua, dalam perbincangan kami, saya mahu isu yang timbul diselesaikan secara baik.


"Saya menghormati setiap kehidupan peribadi mereka, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak.


"Isu peribadi antara mereka berdua saya tak ambil tahu sangat, saya bertindak profesional dengan menjalankan tugas saya sebagai pengarah," katanya kepada Harian Metro.




Osman Ali




Sementara itu, Osman juga pengarah filem Ombak Rindu menafikan dakwaan sesetengah pihak yang Sophia sememangnya terkenal dengan sikap suka mengganggu suami orang.


"Mengenai perkara itu saya tidak tahu kerana masih belum kenal, tapi sepanjang dia bekerja dengan saya, dia sangat baik, komited, berdisiplin, sopan santun dan tidak gedik langsung di set.


"Malah saya tidak nampak pun elemen bermanja-manja di lokasi seperti yang didakwa sesetengah pihak terhadap Sophia. Dia tiada masalah itu," katanya.


Terdahulu, isteri Aliff iaitu Bella Astillah mendedahkan seorang pelakon wanita berkali-kali membuat panggilan telefon dan menghantar pesanan kepada suaminya sehingga mengganggu keharmonian rumah tangga mereka.


Bella bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pelakon itu tetapi netizen mula menyerang akaun Instagram Sophia sehingga memaksa pelakon itu mengehadkan ruangan komen.


Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah mula bersiaran di slot Akasia TV3 pada 6 Februari lalu. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2023 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Akwerk la depa kat set skrg kan..mesti jantan x sedi diri tu acah acah alimss kat set skrg:lol
Bellah dok menunggu kat set ke tu????
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 04:17 PM | Show all posts
tak best la cite ni... dua2 sofia n aliif nampak kaku dalam drama ni.. takde chemistry..
dalam drama lain ok je diorang berlakon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.035126 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list