CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 383|Reply: 0

Zed Zaidi 'Bantai' Finas, Banyak Cadangan Tapi Tiada Tindakan!

[Copy link]
Post time 10-2-2023 03:22 PM | Show all posts |Read mode
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menjelaskan isu kenderaan yang diletakkan di pejabat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di Hulu Kelang, sebelum ini sudah pun selesai.


Presidennya, Zed Zaidi atau Rozaidi Abdul Jamil, 43, berkata, selepas menyuarakan bantahan kepada Kementerian Komunikasi dan Digital, Finas akhirnya membenarkan kenderaan milik Seniman itu di tapak parkir premis berkenaan selepas empat hari surat dikeluarkan meminta ia dialihkan.


Zed berkata, dia juga tidak menolak surat awal dikeluarkan Finas bertarikh 17 Januari lalu adalah bersifat serangan peribadi terhadapnya oleh Ketua Pegawai Eksekutif Finas iaitu Profesor Dr Md Nasir Ibrahim terhadapnya.


Foto: IG




“Dalam masa empat hari isu itu selesai. Alasan yang dikemukakan untuk mengalihkan kenderaan tersebut adalah kerana mengganggu. Namun akhirnya selepas membuat bantahan kenderaan tersebut mendapat kebenaran diletakkan di situ.


“Sudah empat tahun van tersebut di sana. Ada juga kenderaan persatuan lain. Tidak ada sebarang masalah pun selama ini. Jadi saya anggap ia sebagai satu masalah peribadi,” katanya.


Zed ditemui ketika majlis makan malam syarikat ZR Cahaya Sdn Bhd yang berlangsung di Serdang pada malam Khamis.


Sebelum ini Finas mengeluarkan arahan kepada Seniman untuk mengalihkan kenderaan tersebut dan ia harus dilakukan sehari selepas sehari surat diberikan.


Finas menyebut alasan berbuat demikian adalah kerana ruang parkir di premis berkenaan terhad dan mengganggu urusan majlis rasmi serta mesyuarat yang melibatkan pihak ketiga.




  



Bukan sahaja isu berkaitan parkir, Zed sebelum atas kerusi sebagai presiden Seniman cukup lantang menyuarakan ketidakpuasan hati termasuk pernah memberi cadangan supaya Nasir meletakkan jawatan.


Tambah Zed lagi, dia sudah cuba banyak cara termasuk bersemuka sendiri dengan Nasir bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang dilihat seakan tidak pernah berkesudahan antara Seniman dan juga agensi kerajaan tersebut.


“Sudah pelbagai saluran saya gunakan untuk berbincang termasuk melalui surat. Kami juga pernah duduk minum bersama. Dalam mesyuarat pun dia ambil maklum cadangan tetapi tiada tindakan.


“Mungkin dia anggap saya nak tambah kerjanya sebab semua tindakan dalam setiap cadangan adalah di bawah kuasanya. Kalau tiada tindakan memanglah saya akan bising,” ujarnya.


Sementara itu pada majlis berkenaan, Zed yang juga ahli lembaga pengarah ZR Cahaya bersama Pengarah Urusan syarikat itu, Mohd Zaifabsuri Mohd Yusof turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM2,000 kepada beberapa persatuan seni termasuk Persatuan Wartawan & Penulis Hiburan Malaysia (WHAM).


Sumbangan disampaikan kepada Naib Presiden WHAM iaitu Niezam Abdullah.


“WHAM juga banyak terlibat dengan industri seni dan kami sudah lama bekerjasama,” komennya ringkas.


ZR Cahaya merupakan pengeluar produk kecantikan penjagaan kulit Maderm yang semakin laris ketika ini.


Antara artis yang hadir memberi sokongan pada majlis itu termasuklah Datuk Yusof Haslam, Baggio Damasutra, Nadia Mustafar, Anne Abdullah, Acong (Sweet Child), Liza Abdullah, Azura Aziz dan Joey (Bumi Putra Rockers). -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.033594 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list