CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3638|Reply: 57

Patutlah Tiket Penerbangan Umrah Mahal! Rasuah RM10.8 Juta, 6 Suspek Ditahan SPRM

[Copy link]
Post time 10-2-2023 02:40 PM | Show all posts |Read mode
Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membongkar sindiket rasuah pengagihan kuota tiket penerbangan umrah membabitkan nilai RM10.8 juta.


Aktiviti sindiket dikesan menentukan pengagihan kuota jumlah tempat duduk penerbangan bagi agensi pembekal perkhidmatan umrah dengan meminta rasuah kononnya berbentuk komisyen.


Menurut sumber, enam individu iaitu pengarah serta kakitangan syarikat pelancongan di enam syarikat ditahan SPRM dalam operasi khas di empat negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Kedah.


Foto: Harian Metro




"Keenam-enam suspek berusia antara 34 hingga 55 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM, petang semalam," katanya.


Sumber berkata, sebuah syarikat terbabit dilantik sebuah syarikat penerbangan antarabangsa sebagai ejen tunggal untuk mengurus dan mengagihkan kuota tempat duduk bagi setiap penerbangan mengerjakan umrah.


"Modus operandi sindiket ialah mengenakan bayaran rasuah berjumlah antara RM50 hingga RM250 bagi setiap kuota tiket jemaah umrah. Bayaran ini bagi memastikan agensi umrah mendapat kuota tempat duduk dalam setiap penerbangan dijadualkan.


"Sindiket ini dipercayai sudah menjalankan kegiatan ini sejak 2018 lagi. Dikatakan sebanyak 216,000 tiket diagihkan dengan bayaran rasuah sekurang-kurangnya berjumlah RM10.8 juta," katanya.


Tambah sumber berkenaan, baru-baru ini, timbul isu berhubung kenaikan harga tiket penerbangan bagi mengerjakan umrah kerana terdapat sindiket yang memonopoli kuota tiket dan penjualan tiket dengan harga yang tinggi.


"Agensi-agensi pelancongan umrah terpaksa membayar kos tambahan berbentuk rasuah ini bagi memastikan kuota jemaah mereka mendapatkan tempat duduk penerbangan. Ini adalah antara faktor kenapa harga tiket penerbangan umrah tinggi," katanya.


Susulan itu, keenam-enam suspek kini ditahan reman selama 4 hari bermula 10 hingga 13 Februari bagi siasatan lanjut.


Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan tersebut selepas pihak SPRM mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini.


Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.


Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan menjelaskan bahawa dijangka akan lebih ramai ditangkap bagi membantu siasatan. -CARI

Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2023 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Depa ni tak rasa bersalah ke
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 05:07 PM | Show all posts
Moga mereka yg tewrbabit dalam rasuah ni mati kene langgar lori babi. Kematian dalam kehinaan.. eh bole buat tajuk lagu ni TIBER... ekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Antifake replied at 10-2-2023 08:55 AM
Depa ni tak rasa bersalah ke

Tak nok. People will do everything for money and power
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 05:21 PM | Show all posts
kenapa syarikat penerbangan melantik agen utk menjual tiket penerbangan mereka....kenapa tidak menjual terus kepada syarikat yg mengendalikan umrah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kah kah kah..sesekor terciduk
Pegi je buat umrah DIY
book flight dan hotel sendiri
Mutawif and travel agent sume ni lancau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2023 05:41 PM | Show all posts
Ni kaki barua ni.. umrah pun disebat jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 05:42 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 10-2-2023 01:22 PM
Kah kah kah..sesekor terciduk
Pegi je buat umrah DIY
book flight dan hotel sendiri

ramai yang malas nak venture sendiri, harap orang tolong buat, padahal senang jer , apply visa online, booking dot com untuk hotel, beli ticket, sampai sana naik grab or taxi pun boleh.
Yang first time, tak perlu mutawif pun, beli buku panduan, belajar sendiri, tak paham tanya orang kalau takut tersilap nanti kena dam. Online FAQ pun ada..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2023 05:48 PM | Show all posts
rashiman replied at 10-2-2023 01:21 PM
kenapa syarikat penerbangan melantik agen utk menjual tiket penerbangan mereka....kenapa tidak menju ...

Bukan umrah sahaja, penerbangan penerbangan ke destinasi lain pun banyak yang guna agent.
Outsource la, cut cost.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg kaya raya pun bos2 umrah ni dah hidup mencekik sesama muslim  nanti kat mekah belanja dinner masing2 muluy memuji pemurahnya owner agensi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 10-2-2023 05:42 PM
ramai yang malas nak venture sendiri, harap orang tolong buat, padahal senang jer , apply visa onl ...

Betul tu ...tp as usual,ada juga yg suka takut2 kan org lain konon kalo 1st time pi sendiri nanti susah la,itu la ini lah..yihhhh sgt
Zmn skang sume online je
Google map pun hada kalo dh sesat sgt x reti balik hotel bagai kan
Bab2 doa pun bleh je belajar sendiri
Tp tu la..majority ramai pemalas pastu termakan kata2 konon takut sesat la bagai
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti dia akn cakap itu saguhati
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Bisness berasaskan agama ni memang menguntungkan
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu pergi umrah sendiri agak cost cheaper dlm berapa percent ek banding kan ngan pakai agent ni semua?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 10-2-2023 05:42 PM
ramai yang malas nak venture sendiri, harap orang tolong buat, padahal senang jer , apply visa onl ...

Lama tak nmpak bang kelana
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 10-2-2023 08:27 PM
Betul tu ...tp as usual,ada juga yg suka takut2 kan org lain konon kalo 1st time pi sendiri nanti  ...

Untuk umur 40an ke bawah boleh la

Kalau acik2 b40 60an yg baru2 cukup duit nak gi umrah mana retinye nak pakai apps2 bagai, nak tak nak kena cari agent jgk untuk handle

Circle i banyak acik2 kampung, umur baru late 30 pun dah banyak tak reti pasal IT ni & tak rasa nak belajar langsung... Benda simple macam beli barang kat shopee/online tu yg i rasa senang gila pun pada diorang susah nak buat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2023 10:25 PM | Show all posts
Nampak all out betul SPRM ni aku percaya orang di dalam tu memang betul2 benci rasuah.


Syabas!

Umrah ni banyak sangat middle men sebab sangat lucrative. Orang pun jarang persoal takut kena kecam dengan Tuhan pun nak berkira.



Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 10:30 PM | Show all posts
Antifake replied at 10-2-2023 04:55 PM
Depa ni tak rasa bersalah ke

most probably depa tak tau pun itu salah sebab dijenamakan semula sebagai sadaqah dengan ejaan dan nahu yang betul terus nampak penuh baroqah dan rahmah.

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 10:33 PM | Show all posts
rashiman replied at 10-2-2023 05:21 PM
kenapa syarikat penerbangan melantik agen utk menjual tiket penerbangan mereka....kenapa tidak menju ...

Sejak zaman sebelum internet pun orang tak beli tiket direct dari airline. Airline pun caj kaw2 takde diskaun kalau beli direct macam tak suka je

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 10:36 PM | Show all posts
rogayahtop replied at 10-2-2023 06:55 PM
mmg kaya raya pun bos2 umrah ni dah hidup mencekik sesama muslim  nanti kat mekah belanja dinner mas ...

Tepatnya agen yang monopoli pengagihan quota. Agen2 umrah pun mangsa (atau tukang cari mangsa ja )
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.056219 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list