View: 733|Reply: 6
|
Tohmahan Jahat, Muhyiddin Yassin Nafi Terlibat Beri Kontrak Kepada Syarikat Menantu
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin nafi terlibat dalam pemberian kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) kepada syarikat IRIS Corporation Berhad yang dikaitkan dengan menantunya.
Bekas Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan berkata, tuduhan yang diterbitkan dalam satu laporan portal berita itu merupakan satu fitnah jahat yang sengaja direka untuk mencalar maruahnya dan keluarga.
Pengerusi Perikatan Nasional itu berkata, sebagai perdana menteri ketika itu, dia sama sekali tidak terlibat dalam proses penganugerahan kontrak NIISe kepada IRIS Corporation Berhad yang dijalankan secara tender terbuka.
 Foto: Awani
“Proses perolehan kontrak dibuat mengikut tatacara perolehan biasa kerajaan di bawah seliaan Kementerian Kewangan dan kementerian yang berkaitan. Ia bukan berada di bawah tanggungjawab atau bidang kuasa saya sebagai perdana menteri pada waktu itu.
“Selain itu, tiada mana-mana ahli keluarga saya mempunyai kepentingan dalam IRIS Corporation Berhad sama ada sebagai pengarah syarikat atau pemegang saham,” katanya.
Menurut Muhyiddin, bagaimana dia yang tidak mempunyai bidang kuasa dalam penganugerahan kontrak dan keluarganya yang tidak ada sebarang kepentingan dalam syarikat yang dianugerahkan kontrak, ditohmah menyalahgunakan kuasa.
Tambahnya, dia percaya ia adalah sebahagian daripada siri tohmahan jahat terhadapnya.
“Tohmahan ini sengaja dibuat untuk menutup kepincangan melampau kerajaan yang melantik anak-beranak dalam kerajaan termasuk dengan tanggungjawab dan kuasa untuk mengurus kontrak kerajaan.
“Amalan nepotisme ini tidak boleh ditutup dengan melemparkan tohmahan tidak berasas kepada orang lain,” katanya. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Dia yang lantik anak sendiri. Tuduh Muhyiddin lantik menantu. Bijak diversion |
|
|
|
|
|
|
|
ResellerMaxis replied at 10-2-2023 08:56 AM
Dia yang lantik anak sendiri. Tuduh Muhyiddin lantik menantu. Bijak diversion
Dah dipanggil utk beri kenyataan oleh pihak sprm keww?
Kalo belum...tak perlu ler berdefensive bagai....kheunz?
|
|
|
|
|
|
|
|
Project ni la paling lama gila nk award..bertahun kot..bukak tender masa midin jadi pm tp award masa pakmail jadi menteri..masa ni iris fight dgn company ex menantu shahidan..last iris yg dpat.. |
|
|
|
|
|
|
|
takpe abah..... biakan sprm buat siasatan
bila siasatan selesai dan takde kes alhamdulillah sprm dah bersihkan abah.....
so biala pihak berkuasa buat kerja
|
|
|
|
|
|
|
|
Persepsi utk PRN ni..cai2 PH harus dok jaja fitnah ini |
|
|
|
|
|
|
| |
|