View: 477|Reply: 0
|
Vinales enggan kembali ke Yamaha
[Copy link]
|
|
VINALES mengakui sangat gembira bersama Aprilia ketika ini dan menutup semua peluang untuk kembali menyertai Yamaha. – AFP
LONDON – Berpatah arang, berkerat rotan. Itulah gambaran sebenar bagi pelumba Sepanyol, Maverick Vinales selepas mengakui tidak akan kembali menyertai pasukan Yamaha biarpun wujud spekulasi kepulangannya bersama pasukan berkenaan.
Vinales meninggalkan Yamaha serta-merta pada 2021 selepas berlaku perselisihan faham antara kedua-dua pihak sebelum pelumba Sepanyol itu menandatangani kontrak dengan Aprilia.
Gembira dengan kemajuannya di Aprilia, Vinales yang mengikat kontrak sehingga 2024 mengakui ‘keluarga’ baharunya itu lebih harmoni dan bertekad untuk memburu gelaran dunia bersama pasukan tersebut.
“Perkara yang paling penting ialah saya dan pasukan berjuang untuk menjadikan Aprilia juara dunia, pasukan sangat jelas mengenai perkara ini. Kami mesti terus berjuang seperti ini kerana saya fikir pasukan mempunyai visi yang jelas untuk memburu kejayaan.
“Mengenai Fabio Quartararo (Yamaha), saya tidak tahu apa yang dia katakan, kerana saya sudah bertahun-tahun tidak mencuba jentera baharu mereka. Mengenai kembali kepada Yamaha, saya tidak sesekali melakukannya.
“Saya gembira dengan kemajuan dicapai Aprilia setakat ini dan saya tidak sabar untuk terus membantu pasukan ini terutama kembali berada di podium,” katanya yang akan turun menguji jetera RS-GP di Sepang pada hujung minggu ini nanti.
Aprilia dilihat serius membangunkan jentera terbaik mereka apabila menawarkan bekas pasukan Yamaha, RNF menjadi pasukan satelit mereka bemula saingan musim baharu itu.
Lebih menarik, Aprilia menawarkan jentera spesifikasi kilang kepada kedua-dua pelumab RNF, Miguel Oliveira dan Raul Fernandez. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/02 ... -kembali-ke-yamaha/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|