View: 8029|Reply: 71
|
6 termasuk pegawai kanan polis didakwa bunuh pemandu e-Hailing
[Copy link]
|
|
6 termasuk pegawai kanan polis didakwa bunuh pemandu e-Hailing

MAT Zaki antara yang dibawa ke Mahkamah Majistret Tawau, di sini, atas pertuduhan bersubahat membunuh pemandu e-Hailing di Tawau, 13 Januari lalu. FOTO Abdul Rahemang Taiming
Tawau: Senior Asisten Komisioner antara enam yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini didakwa membunuh pemandu e-Hailing berhampiran kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5, dekat sini, 13 Januari lalu.
Datuk Mat Zaki Md Zain, 58, didakwa bersubahat dengan enam lagi membunuh pemandu Nurman Bakaratu, 61.
Manakala enam lagi termasuk pegawai, anggota polis dan orang awam iaitu Rosdi Rastam, 44, Denis Anat Anit, 44, Fabian Anak Rungam, 43, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 39 dan Vivien Fabian, 34, pula didakwa membunuh Nurman.
Mengikut kertas pertuduhan, kesemua mereka dituduh dengan niat yang sama membunuh Nurman antara 7.30 malam hingga 10.30 pada 13 Januari lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Manakala Mat Zaki didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 Kanun yang sama atas pertuduhan bersubahat dengan Rosdi, Denis, Fabian, Khairul, Mohd Azlan, dan Vivien untuk membunuh Nurman pada tarikh, lokasi dan masa yang sama.
Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dzul Elmy Mohd Yunus.
Mengikut kertas pertuduhan, kesemua mereka dituduh dengan niat yang sama membunuh Nurman Bakaratu, 61, yang juga seorang pemandu e-hailing antara 7.30 malam hingga 10.30 pada 13 Januari lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dzul Elmy Mohd Yunus.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad (Ketua); Khairul Azreem Mamat; Muhammad Ilmami Ahmad; Rohaiza Abdul Rahman dan Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim.
Manakala peguam Chen Wen Jye, Ram Singh dan Kimberly Ye mewakili Khairul Azman, sementara Kamarudin Chengki dan Timothy Daut mewakil Rosdi Rastam.
Mahkamah menetapkan 11 April depan untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... h-pemandu-e-hailing
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa jahat sgt perangai polis2 ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
nape pulak dibunuhnya pakcik itu |
|
|
|
|
|
|
|
Ini polis bahagian esscom rupanya, ingatkan polis tawau |
|
|
|
|
|
|
|
Pegawai Dan Anggota Polis Antara 6 Didakwa Bunuh Pemandu E-Hailing
Pegawai dan anggota polis antara enam individu yang didakwa di Mahkamah Majistret, Tawau pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang lelaki pemandu e-hailing.
Tertuduh Rosdi Rastam, 44, Dennis Anak Enit, 44, Fabian Anak Rungam, 43, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 39, dan seorang orang awam Vivien Fabian, 34, didakwa membunuh Nurman Bakaratu, 61, di Ladang Kelapa Sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5, dalam daerah Tawau.
 Mengikut pertuduhan, semua tertuduh didakwa melakukan jenayah itu pada 13 Januari 2023, antara jam 7.30 pagi hingga 11.30 malam.
Mengikut pertuduhan, semua tertuduh didakwa melakukan jenayah itu pada 13 Januari 2023, antara jam 7.30 pagi hingga 11.30 malam.
Sehubungan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama, memperuntukkan hukuman mati.
Dalam pada itu, seorang pegawai kanan polis, Datuk Mat Zaki Md Zain, 58, didakwa di mahkamah yang sama atas pertuduhan bersubahat dengan Rosdi untuk membunuh mangsa, pada hari, masa dan lokasi yang sama.
Sehubungan itu, Mat Zaki didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman mati.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan dihadapan Majistret Dzul Elmi Yunus.
Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad manakala tertuduh Rosdi diwakili peguam Timothy Daud dan Kamarudin Chengki, manakala tiga peguam Chen Wen Jye, Ram Singh, Kimberly Ye mewakili Khairul Azman.
Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 11 April 2023 dan tidak ditawarkan ikat jamin.
Pada 16 Januari lalu, mayat seorang lelaki warga emas ditemukan di sebuah ladang sawit di Batu 5 Jalan Apas, Tawau, dipercayai mangsa bunuh. Turut dijumpai bersebelahan mayat mangsa dikenali sebagai Nurman Bakaratu, 61, ialah sebuah kereta Perodua Myvi berwarna putih.
Laporan media sebelum ini memetik Idris sebagai berkata, kejadian itu dipercayai bermotifkan cemburu dan lebih kepada bersifat peribadi.
Sumber: AWANI |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 8-2-2023 08:02 PM
nape pulak dibunuhnya pakcik itu
Kantoi kacau bini pakcik tu..
Telegram edisi siasat. |
|
|
|
|
|
|
|
I follow crita ni. Sayang nya Hanya kerana seorang wanita. Padahal datuk tu dah 58 tahun.. dua tahun lagi nak pencen. N kononnnya atas arahan...org bawahan dia plak kena. Ala ala kes altantuya |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 8-2-2023 08:40 PM
Kantoi kacau bini pakcik tu..
Telegram edisi siasat.
laaa ptt pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
ini menimbulkan kegentaran awam.
tiba dah masanya polis perlu ada unit provos untuk memastikan polis tak membahayakan orang awam, dan ada mahkamah sendiri, agar tak perlu Q dengan kes orang awam bagi mengelakkan tangguhan demi tangguhan nak kiamat baru sampai turn pun belum jatuh hukuman.
sama juga polis untuk penjawat awam termasuk menteri2, asingkan mahkamah untuk dorang, agar tak perlu Q dengan kes orang awam bagi mengelakkan tangguhan demi tangguhan nak kiamat baru sampai turn pun belum jatuh hukuman.
skill lawyer sekarang tak menang tak apa, tapi lengah2 kan sampai kiamat agar tak jatuh hukuman. |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman sekarang ramai naik SAC je dapat datuk. Cuma spesis yang rare saja dah dua tiga bintang tetap menolak dengan berhemah tawaran datukship ni. Setakat ni saya kenal sorang saja yang macam tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
seram oooo bila ada kuasa salah guna
|
|
|
|
|
|
|
|
ada masuk porem ke masa waktu kejadian? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau salah guna kuasa ni mmg jahat sgtlah |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kenapa sampai dibunuh? |
|
|
|
|
|
|
|
terkejut aku baca berita ni  |
|
|
|
|
|
|
|
Lawa sangat ka Vivien Fabian punca pembunuhan ini sis? Ada gambar? |
|
|
|
|
|
|
|
Mana satu Datuk? Pangkat DSP? Rosdi Rastam? Khairul Azman Bakar? |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 8-2-2023 08:40 PM
Kantoi kacau bini pakcik tu..
Telegram edisi siasat.
Ada gbr bininya ke dah tua-tua plak tu masing-masing |
|
|
|
|
|
|
| |
|