View: 776|Reply: 17
|
[Politik]
Tiada parti boleh hidup sendiri, semua terima duit’, kata PAS
[Copy link]
|
|
Edited by mojarean_X at 8-2-2023 07:02 PM
Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah berkata SPRM perlu membuat siasatan terhadap semua akaun parti politik kerana tiada parti yang boleh hidup sendiri.
PETALING JAYA: Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah berkata tiada parti mampu hidup sendiri malah semua parti politik menerima sumbangan wang.
Pengakuan itu menyusul ketika Bersatu, rakan komponen dalam Perikatan Nasional (PN) disiasat kerana dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan dana kerajaan RM92.5 bilion.
Justeru, timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, SPRM yang sedang menyiasat akaun milik Bersatu, seharusnya berbuat demikian terhadap semua parti politik.
“Kalau bercakap soal duit, semua parti menerima sumbangan. Tiada parti yang boleh hidup dengan sendiri.
“Jadi kalau nak siasat, siasat semua dan sekiranya terdapat salah laku, boleh ambil tindakan,” katanya menurut Berita Harian.
Minggu lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan akaun Bersatu dibekukan mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.
Difahamkan, pembekuan akaun itu berkaitan siasatan dakwaan penyelewengan berbilion ringgit untuk pakej rangsangan Covid-19.
Pada 3 Feb, Marzuki Mohamad yang juga bekas ketua setiausaha sulit Muhyiddin Yassin, menuntut SPRM melakukan siasatan terhadap perbelanjaan pilihan raya oleh PKR dan DAP, yang didakwanya berjumlah “beratus juta”
Mengulas lanjut, Amar berkata parti itu terbuka dan sedia bekerjasama jika SPRM mahu menyiasat akaun parti berkenaan.
Bagaimanapun katanya, ia menjadi sukar buat parti tertentu sekiranya akaun dibekukan memandangkan PRN semakin hampir.
“Apa yang saya lihat, kerajaan hari ini seolah-olah mahu membalas dendam terhadap PN,” katanya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
pas ni kenapa dia hujahkan begitu? kes pn ni disiasat jika ada duit kerajaan 92.5 billion itu dah masuk akaun pn..
jangan samakan dengan derma politik dengan kemungkinan penyelewangan dana kerajaan
ini bukan derma politik jikalau duit dana itu benar masuk dalam akaun pn secara tipu muslihat, maka itu money laundering..
|
|
|
|
|
|
|
|
reti pulak eh...masa polis jumpa cash byk2 kat umah DSN..nape x ckp mende sama... |
|
|
|
|
|
|
|
semoga binasa lah orang zalim... |
|
|
|
|
|
|
|
sudah sampai masanya kita ikut mcm USA, donation for politic kena declare & legalise...tengok kita boleh trace duit dari mana.. |
|
|
|
|
|
|
|
TMBK ni memang kalau nyembang
tak sah kot g kait orang lain sana sini |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu betul. Tapi dari mana diterima, bagaimana diterima dan berapa diterima itu yang orang hujahkan |
|
|
|
|
|
|
|
pas dah lama buat.... pakai tin milo |
|
|
|
|
|
|
|
duit dari us perlu declere tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Simunggu replied at 9-2-2023 08:54 AM
sudah sampai masanya kita ikut mcm USA, donation for politic kena declare & legalise...tengok kita b ...
Ini sepatutnya dilaksanakan reformasi pilihanraya jd tokey2 yg nak derma parti mana pun kita tahu,kita tahu money trail dtg dan pergi mana.Satu lg perlu buat debat utk bakal calon PM,siarkan seluruh negara biar semua rakyat tau apa visi dan misi,manifesto yg hendak dibawa oleh parti2 yg bertanding.Dana pilihanraya yg maksimum blh digunakan patut dipantau oleh SPR spy x dilanggar.Biar semua parti bertanding atas padang yg sama rata(adil).Slps umum PRU/PRN dibubar, jentera kerajaan xboleh digunakan lgsung utk parti politik. |
|
|
|
|
|
|
|
Tu sebab Malaysia ni perlu political reform, bukan tweek sikit2 sebab dah corrupt to the core.
Contoh bila institutional racism disokong, satu dunia pun dia nak lawan, isn't that something?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum ni gigih pertahan depa guna duit tabung milo tu sekadar menyedapkan hati pentaksub parti la kan |
|
|
|
|
|
|
|
Bibit2 nak kantoi leteww..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Simunggu replied at 9-2-2023 08:54 AM
sudah sampai masanya kita ikut mcm USA, donation for politic kena declare & legalise...tengok kita b ...
isu pasal sistem berkaitan pembiayaan politik dan juga akta pendanaan politik mmg dah dibangkitkan oleh sesetengah pihak spt individu2 berkaitan politik dan juga badan pemikir... tapi dipandang sepi oleh politikus2 di parlimen
aku juga ada post pasal pendanaan politik ni di dalam porem ni spt post 135# dlm tred di link ni dan juga ada beberapa post yg lain... tapi dipandang sepi juga oleh anjing2 politik dan juga macai2 (lembu) politik dlm porem ni
acik2 porem lebih berminat berpolitiking demi politikus2 yg dipuja berbanding berbincang secara bijak |
|
|
|
|
|
|
|
in your dream saja la.. selagi org yg sama, recycle anak bini main politik raykat kena accept itu semua lip service.
hanjing depa akan buat penyucian & nyanyi lagu yg sama aje.. masuk jail utk geng parti lawan, geng sendiri tlg cover & siap bagi power lagi.
takyah la hang nk sembang intelektual kalau benda tu tak pernah wujud dari mula. Politaik & hanjing politik bukan pihak yg hormat intelektual pun.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|